Hasan Basri ditanya : "Apa rahsia zuhudmu di dunia ini?"

Beliau menjawab :
"Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang. Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk beramal soleh. Aku tahu ALLAH Ta'ala selalu memerhatikanku, kerana itulah aku malu jika ALLAH melihatku sedang dalam maksiat. Dan aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan ALLAH"..

Friday, 1 May 2009

JANGAN BERLEBIH-LEBIH

"Kamu telah DILALAIKAN (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya; Sehingga kamu masuk kubur. (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh)

JANGAN sekali-kali bersikap demikian! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!
Sekali lagi diingatkan: 'JANGAN' sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!
Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui (apa yang kamu akan hadapi) dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).

INGATLAH.. Demi sesungguhnya! Kamu akan melihat Neraka yang marak menjulang.
Selepas itu, demi sesungguhnya! Kamu (yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!
Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)! "

[At-Takathur; 1-8]

No comments:

Post a Comment