Pages

Tuesday, 7 June 2011

SAUDI ARABIA

Alhamdulillah, puji dan syukur kehadrat Allah tuhan semesta alam serta selawat dan salam keatas junjugan besar Muhammad persuruhNya.
Alhamdulillah, perjalanan kami menjadi tetamuNya tempoh hari berjalan sempurna dan dipermudahkanNya. Sekadar ingin menyegarkan ingatan dan menyemat semua pengalaman, saya rakamkan ia disini supaya tak luput dari ingatan kami akan anugerah Allah yang tidak ternilai ini. Kepada yang membaca atau terbaca, mungkin anda juga dapat mengingat kembali zaman anda berada disana dahulu. atau kepada yang belum sampai masanya, anggaplah ini sebagai pengalaman untuk kita kongsi bersama, insha allah. 


HARI PERTAMA - Hari Selasa 17 Mei 2011 (Cuti wesak)
perjalanan kami menjadi tetamuNya bermula seawal jam 6.00am. bertolak ke KLIA dengan hanya sebuah kereta. saya sangat berkhemah memandu di subuh itu. kenapa saya yang jagi driver?!. hmm.. kerana ahli keluarga lain semua sepakat meninggalkan lesen memandu mereka dirumah. bimbang tercicir di tanah arab kut. kuikui.. sampai di long stay carpark. kereta ditinggalkan.

7.30am; kami menuju ke terminal, dgn seorang membawa 2 luggage. alhamdulillah, semua berjaya control kalut. saya kagum. Jam 11.00am kami ke boarding hall untuk penerbangan jam 12.15 pm. Alhamdulillah, direct flight dari KUL-JEDDAH-KUL dengan MAS. Setelah 3 tahun tak menggunakan perkhidmatan MAS, nampaknya MH memang mengatasi perkhidmatan airlines yg lain spt Emiratesdan KLM (dari segi bekas makanan kacanya shj). Tandas hancor. Atau ini mungkin disebabkan faktor penumpang waktu itu. Mungkin ramai makcik-pakcik yang memang suka dengan tandas basah. Entah. Tapi Alhamdulillah.. captain sentiasa mengingatkan waktu masuk solat fardhu. Ini pengalaman pertama kali sepanjang hidup. Masa naik business class MAS (alhamdulillah, harapnya dapat lagi lepas ni), tak kedengaran pula makluman masuk waktu solat. Atau ianya mungkin kerana sebahagian besar penumpang adalah para jemaah umrah, mungkin.
Lebih kurang 8.30 pm (malaysia) ~ 3.30 pm(waktu saudi),  Sekali lagi kapten mengingatkan jemaah untuk berniat ihram kerana kami benar-benar berada di atas miqat, Qarnul Manazil.  Haaa.. itu mereka..

dah pun dalam ihram. bermulalah 13 pantang larang dalam jam 430 pm waktu Saudi, kapal landed. dan kami dihantar ke terminal haji.


Tunggu punya tunggu punya tunggu.. dalam 7.30pm waktu saudi barulah semua hal imegresen custom selesai. dan kami pun berlari-lari mengejar bas.. hehehe.. waktu ni macam anak ayam sikit. dalam 10 minit bas bergerak, 2 orang mutawwif naik dan memulakan tugasnya. berselawat sepanjang perjalanan dan menceritakan sedikit sejarah Jeddah. Malangnya, tidak ada satu ceritapun yang dapat saya ingat kerana asyik terbuai mimpi. mengantuk gilerrr.. hanya Allah saja yang tahu. ustaz berselawat dan bertalbiah sepanjang perjalanan.  maaf ustaz ye.. saya terpaksa bertalbiah dalam hati saja. kerana mengantukkk. aisehh..Tunggu punya tunggu punya tunggu.. dalam 7.30pm waktu saudi barulah semua hal imegresen custom selesai. dan kami pun berlari-lari mengejar bas.. hehehe.. waktu ni macam anak ayam sikit. dalam 10 minit bas bergerak, 2 orang mutawwif naik dan memulakan tugasnya. berselawat sepanjang perjalanan dan menceritakan sedikit sejarah Jeddah. Malangnya, tidak ada satu ceritapun yang dapat saya ingat kerana asyik terbuai mimpi. mengantuk gilerrr.. hanya Allah saja yang tahu. ustaz berselawat dan bertalbiah sepanjang perjalanan.  maaf ustaz ye.. saya terpaksa bertalbiah dalam hati saja. kerana mengantukkk. aisehh..

On the way ke Makkah.
Jam bas 9.15 malam, jam camera 2.10am waktu Malaysia.. tahun 2009 tu salah setting. Alhamdulillah.. perjalanan kami selamat. Check in hotel, simpan luggage, bersiap dalam pantang akhirnya kami memulakan umrah wajib malam itu pada lebih kurang jam 11 mlm. 
dan selesai tahalul jam 2 pagi waktu Saudi.. maka selesailah satu umrah.. dan bermulalah hari kedua kami di tanah haram. macam tulang bergerak daaa...



HARI KEDUA - Rabu 18 Mei 2011
Hari ini, kami bebas melakukn sebarang aktiviti.. maksudnya bebas beribadah. saya tidak berumrah pada hari kedua. tapi banyak menghabiskan masa dalam masjidil haram. waktu zohor pulang ke hotel utk lunch then tidur sekejap, kumpul energy utk berjalan lagi ke masjid. Hotel tak jauh.. Alsaraya Ajyad. Dalam 100m dari masjid, berdepan dengan istana raja. ooowwhh.. lupa.. hari kedua, saya memimpin adik melakukan umrah wajib. sebabnya.. macam biasa. jadi saya pun mencurahkanlah ilmu yang diajar oleh Ustaz Gusdur untuk memimpin adik buat umrah. hmm.. kalau saya keluar berniat, tentu nya saya boleh berumrah sama.. tapi tak tahu apa yang menghalang hari itu. adik selesai umrahnya. alhamdulillah..


HARI KETIGA -  Khamis 19 Mei 2011
Fajar masuk seawal 330 pagi. pada hari ni, kami masih lagi jalan bersama-sama, makan sama-sama.. semuanya lah bersama-sama. tapi lepas tour masjidilharam dan kawasan shopping sekitarnya.. ayah pun mulalah berkata-kata dengan kuasa vetonya. "lepas ni, bolehlah jalan masing-masing. tak payah tunggu-tunggu. sape cepat jalan dulu, sapalast,tinggalbelakang. kunci bilik jangan lupa tinggalkat lobi".. saya kaget!! awalnya, ayah asek pesan.. jalan sama-sama. tapi kali ni, cadangannya, disokong 100 peratus oleh org kanannya (mak). walaupun kami dah bebas bergerak sendiri, tapi ada masa, saya nampak abemi jadi spy. haihhh.. kat tanah haram pun dia nak skodeng saya!! Ini, gambar kami dipagi hari sebelum breakfast, lepas tour masjid. masuk segala pintu. naik segala escalator. minum zamzam di semua tempat.


lepas je breakfast, jemaah beramai-ramai berkumpul depan hotel untuk ziarah. kami dibawa ke jabal tsur, jabal nur, jabal rahmah. mudzalifah dan mina. di ketiga-tiga jumraat..sepanjang perjalanan, macam-macam yg diceritakan. dan tak lupa saya juga bawa bersama buku Makkah- Sejarah dan kelebihannya, tulisan Dr Abdul Basit @ abuanas madani. Bersemangat betul saya mendaki hingga ke puncaknya. semoga Allah memakbulkan doa saya disini. :).

HARI KEEMPAT - Jumaat 20 Mei 2011.
Hari ini, hari untuk melakukan aktiviti bebas lagi, dan macam yang saya sebutkan tadi, kami sudah mula bergerak sendirian. takde lagi kompeni. cuma bila ada masa saya lihat adik tertinggal, saya akan tunggu.. tapi tak semuanya. hari ni, saya bersama-sama adik, lepas solat subuh, kami terus meluru kekaabah, nampak macam kurang bilangan manusia disitu. cubaan ke hajarul aswad gagal. hanya sempat berpaut di multazam. jumlah sindiket hajarul aswad yg banyak, rasanya menyumbang kepada kegagalan kami untuk mengucup blackstone itu. mungkin bukan rezeki saya kali ini. tapi alhamdulillah.. kami berpeluang untuk solat di hijir ismail  beberapa kali, betul-betul dibawah mizab. lepas solat saya ambil sekeping gambar ni.. 


Dan petang tu, kami guna sedikit masa untuk bersoopping..  kuikui.. tapi tak beli banyak barang pun, melainkan minyak wangi sahaja. sempat saya beli bauan kiswah, maqam ibrahim dan hajarul aswad untuk mengubat rindu nanti. ini  di Safwa tower..

HARI KELIMA -  Sabtu 21 Mei 2011
Hari tersebut terdapat ziarah luar. lepas selesai solat di masjid dan breakfat, jemaah lelaki siap berpakaian ihram. kami dibawa ke Ladang unta. minum susu unta. kata ustaz..."susu unta ini bagus untuk bapa-bapa, dengan izin Allah, boleh menambah kepoweran dan untuk ibu yang enggak punya keturunan, bolehlah meminumnya dan berdoa kepada Allah dikurniakan keturunan.. insha allah, dapatlah keturunan, dan jangan khuatir, kerana minum susu unta, keturunan itu bukanlah dari keturunan unta, tapi dari keturunan bapanya pasti, insha allah".. hehhe.. ralit saya mendengar ustaz ni berlawak. 
Habis melawat ladang unta, kami melewati Universiti Umm-Qura, kilang kiswah, penjara, kawasan Awali (kediaman 4 imam beesar masjidilharam), istana raja (yang mana saya tak pasti) dll. kemudian kami singgah di Hudaibiyah untuk berniat umrah dan berihram dengannya. bermulalah pantang larang yang 13 itu lagi. 

mereka berempat serta jemaah lain selesai tawaf umrah ketiga..dipimpin oleh Ustaz Gusdur. saya?!.. tentunya tukang amik gambar.. :)



HARI KEENAM - Ahad 22 Mei 2011
Mulai hari ini, kami bebas buat apa sahaja. tidak terikat dengan jadual langsung kerana sessi ziarah dah pun habis. masa ni jemaah berpeluang memperbanyakkan ibadat. tapi oleh sebab ada juga beberapa jemaah yang masih nak buat umrah, jadi kami request untuk buat umrah bersama-sama ustaz. dan alhamdulillah ustaz setuju. maka, dengan bilangan sekitar 20 orang, kami bergerak keTanaaim atau Masjid Sayidatin Aaisyah untuk berniat.



HARI KETUJUH - Isnin 23 Mei 2011
Hari bebas lagi, dan dengan jemaah sekitar 15-20 orang, kami sekali lagi berumrah bersama-sama ustaz. kali ni masuk dari Babussalam. Ustaz tunjukkan kediamannya. 

Diibawahnya terdapat Maulid Nabi, rumah kelahiran nabi (saw) yang kini jadi perpustakaan Makkah. dan tapak rumah Abu Jahal menjadi tands lelaki .
  
Pada hari Isnin ini juga, sahabat saya Wassila datang untuk meraikan kehadiran saya di bumi barakah. wassilah yang dah 17 tahun bermastautin di Makkah berpuasa pada hari tersebut. kali ini, hanya saya dan dia ke Tanaaim untuk mengerjakan umrah bersama-sama. Kami pergi dengan taxi dan balik dengan van.Pengalaman menahan bas di Makkah mengerikan dan melucukan. Laju betul umrah kali ni. Kami mula lepas solat maghrib dan habis sekitar 10 minit lepas isya'. saya rasa mcm takde kaki waktu tu.. tapi seronok, sbb hasrat kami untuk bertemu di Makkah dan berumrah bersama-sama diizinkan Allah swt. sahabat saya.. Wassila Al-Benghazi..


Saya terharu bila diberitahu tentang doanya "Azlina, only Allah and Muhammad can separate us"  Lepas umrah, saya tak pulang ke hotel, tapi banyak tempat wassila bawa saya jelajah.

HARI KELAPAN - Selasa 24 Mei 2011
Masih lagi di Makkah dengan aktiviti bebas dan kami sekali lagi mengikut ustaz gusdur untuk ke Tanaaim dan berniat disana. Ini umrah terakhir saya oleh halangan tertentu.

Malamnya, wassilah datang bawa bermacam-macam hadiah, sehinggakan kami terpaksa beli satu lagi luggage yang besar untuk memuatkan barang pemberiannya. wassila..wassila..hmmm

HARI KESEMBILAN - Rabu 25 Mei 2011
Memandangkan ada sehari lagi di Makkah, dan masa bebas ini saya gunakan untuk melawat Wassilah di hospital tempat beliau bekerja. Mustashfa Annur. Ia merupakan hospital terbesar di Makkah.
  
Dalam masjidil haram itu sendiri terdapat Klinik Annur yang beroperasi ketika musim haji. Hj Taufek temankan saya ke sana. Hospital ini dikelilingi oleh Jabal Tsur. Dalam 10-12 kilometer dri masjidil haram. Terharu saya bila Dr Khalid Ismail, HOD Psycatric kata dah lebih dua tahun beliau dengar cerita saya, tapi baru kali ni dapat jumpa. Dr Khalid, warga saudi, datuknya Yamani dan berhijrah ke Malaysia dan melahirkan bapanya. Kemudian, mereka berhijra ke Saudi dan lahirlah Dr Khalid..ada muka melayu tapi tak pandai cakap melayu lagi. kemudian jumpa pula dengan Dr Anusha dan Dr Ibrahim. 
Minum-minum dan tour hospital, jumpa hampir semua nurse di unit psyciatric (rasa macam salah eja).

HARI KESEPULUH - Khamis 26 Mei 2011
Merupakan hari terakhir kami di Kota Makkah. Seawal jam 8 pagi semua bag dikumpul. sekitar 11 pagi jemaah diingatkan untuk tawaf wida, menandakan kami tidak lagi boleh masuk ke masjidilharam dan terpaksa segera meninggalkannya. suasana sayu, sebab tak tahu bila lagi dapat ke sana.. 


Masa ini juga saya ambil untuk bertemu ustaz buat kali terakhir. sangkaan saya ustaz tidak bersama kami di Madinah, tapi salah. beliau setia menemani kami hingga ke airport rupanya. Ziarah saya yang terakhir sekitar masjid, saya ke babussalam.. sebabnya.. tak tahu.. perjalan keKota Madinah al munawwarah untuk menziarah rasulullah pun bermula..



Dan yang menarik juga sepanjang perjalanan ialah driver bas kami. walau pun pemanduannya mengerikan, tapi bibirnya tak henti berzikir dgn tasbih sentiasa ditangan sewaktu memandu. 

HARI KESEBELAS - Jumaat 27 Mei 2011
Hari Jumaat, jemaah bebas, tiada ziarah luar sebabnya..solat Jumaat di masjid nabawi.


Ziarah dalam kami ke Raudah, makam Rasululah, Abu bakar dan Umar. Alhamdulillah, kami berpeluang solat sunat di raudhah. Malam ni juga, ada adegan-adegan manis (secretos) yang berlaku. hmmm.. alhamdulillah

HARI KEDUA BELAS - Sabtu 28 Mei 2011
Saya memang suka ziarah. Hari terakhir ni ustaz bawa kami ke Masjid Quba  untuk solat disana.. pahalanya sama seperti menunaikan umrah jika berwudhu dari rumah. Dari Masjid Quba kami dibawa ke KebunTamar yang berhampiran, menikmati kurma sepuas-puasnya kerana percuma dan beli sedikit untuk bekalan Ramadhan yg bakaltiba nanti. 
Kemudian kami ke Jabal Uhud, saya bersama Ustaz Zaki, dan naik ke Bukit Rumat, ziarah makam saidina hamzah. 
dalam perjalanan ke Kilang Quran, kami singgah di Jabal Magnet. Sejauh 2km, bas bergerak tanpa diinjak minyaknya. kelajuan mencapai 40km/j. Ini driver bas. Alhamdulillah, beliau hadiahkan saya senaskah al-quran. Dalam perjalanan pulang kami melewati masjid Qiblatain. 





HARI KETIGABELAS - Ahad 29 Mei 2011
Selepas ziarah wida, seawal jam 7.00pagi kami berkumpul untuk menaiki bas. Dari Madinah ke Jeddah mengambil masa lebih kurang 6-7 jam perjalanan. Bas gerak dalam jam 8.30pagi. kami singgah dibeberapa perhentian. dan persinggahan terakhir pada jam 130 tengahari ialah di Masjid terapungdi jeddah.  

itupun untuk makan tengahari. Jam 2.00 petang, ustaz menyampaikan kata-kata terakhirnya. Masa ni, jemaah ambil kesempatan untuk bergambar antara satu sama lain. bergambar dengan ustaz sudah pasti. memang sedih.laut ini (sebahagian laut merah rasanya) menyaksikan perpisahan kami. habis bergambar, kami dibawa ke terminal haji. 


HARI KE EMPATBELAS - Isnin 30 Mei 2011
Kami sampai Malaysia.. 2 minggu yang menggembirakan dan menginsafkan cukup untuk buat saya dan keluarga terlupa park kereta dimana.. hohohoho..dan alhamdulillah, journey kali ini tidak begitu memenatkan.mungkin kerana travel time sekadar 8 jam kalau nak dibandingkan dengan 17 jam penerbangan ke newcastle. itulah sedikit cerita yang boleh dikongsikan..kalau ada fakta tersilap, mohon maaf, sebab saya hanya insan biasa yang  mudah lupa..

No comments:

Post a Comment