Kullu 'aam wa anti bikhayr.
Inilah ucapan yang meniti dibibir-bibir semasa saya menetap diluar negara. Ucapan yang mendoakan kebaikkan sepanjang tahun ini merupakan satu doa dan memberi pengertian yang amat besar kepada pendengarnya.
Alhamdulillah, bertemu lagi kita di Ramadan 1433H. Walaupun telah empat hari berlalu, namun pada jangkaan saya ia belumlah lagi terlewat bagi mengucapkan selamat dan salam Ramadan kepada pengunjung tulisan ini, selagi masih berada di bulan mulia ini, selagi itulah ucapan selamat perlu miniti dari bibir ke bibir.
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِڪُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.
Alhamdulillah, kini kita memasuki 4 Ramadan. Bukanlah tujuan saya kali ini untuk menulis entry berkenaan Ramadan; fadhilatnya serta cara memaksimumkan serta memanfaatkan siang dan malamnya. Semua ini terlalu banyak dan mudah didapati. Taipkan saja keyword Ramadan atau puasa, maka bermacam pendekatan akan diberikan kepada kita, insha Allah.
Entri kali ini, lebih kepada menugcapkan salam Ramadan kepada pengunjung hananurhuda.
Pesanan bersama.. elakkan diri dari melakukan perkara tidak mendatangkan faedah atau tidak memberi tambahan pahala pada puasa kita, lebih-lebih lagi jika perkara tersebut mengurangkan pahala. Daripada Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
"Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah selain dari lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya."
Kepada sahabat sekalian, moga Allah menerima puasa dan doa kita sepanjang Ramadan ini. Semoga pintu shurga terbentang luas dan terbuka untuk kita. Dan semoga Allah menghujani rahmatNya kepada kita, keluarga dan seluruh umat Islam semakin bertambah selamanya.
تقبل الله مناومنكم صيمناوصيمكم
"semoga Allah menerima amalan saya dan kamu, amalan puasa saya dan kamu"
RAMADAN KAREEM!!
Sempena Ramadan ini, jom sama-sama merasai suasana di Masjidilharam!!
[live from Makkah al-Mukarramah]
Sempena Ramadan ini, jom sama-sama merasai suasana di Masjidilharam!!
[live from Makkah al-Mukarramah]
No comments:
Post a Comment