Selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad saw.
Hari ini, hari keputeraan baginda rasulullah, takde diriwayatkan baginda menyambut hari kelahirannya, tapi pada saya tak salah menjadikannya antara salah satu hari yg bersejarah untuk kita mengingatinya.
Kebiasannya, di malaysia akan ada perarakan, memeringati hari kelahiranNya, tapi adakah kita benar-benar ingat dan terbit rasa rindu kepasa rasul? saya sendiri tak pasti, cuma setiap kali berselawat ke atas junjungan besar ini, saya seringkali bertanya kepada diri sendiri.. menginsafi kekerdilan diri, antara yang selalu bermain-main dalam fikiran:
1. kalau nabi masih ada, adakah saya masih seperti ini? saya menjangkakan kalau saya hidup sezaman dengannya, tentunya saya akan lebih baik lagi.. mungkinkah?
2. atau, kalau nabi lihat saya begini, apakah perkataan yg pertama akan keluar dari mulutnya? adakah baginda akan menangis melihat kealpaan saya dalam kurangnya pendidikan ugama., atau baginda berpaling kerana kejahilan saya?
3. atau mungkin juga saya sentiasa melarikan diri kerana malu untuk berhadapan dengannya, seperti saya melarikan diri dan tunduk malu bila berdepan dengan ustaz yang pernah mengajar saya dahulu?
macam-macam yang saya fikirkan.. beruntunglah mereka yang hidup sezaman dengannya. dan beruntunglah kita yang menjadi umatnya. umat akhir zaman. semoga Allah menjauhkan saya dengan bertemu hari yang terakhir itu.
No comments:
Post a Comment