Pages

Friday, 18 February 2011

JUMAAT TIBA LAGI

Bismillahi wallahi.


Jumaat tiba lagi. Dan saya hanya mempunyai 3 kali Jumaat lagi sebelum Jumaat ke-empat tiba untuk saya pulang berangkat meninggalkan bumi permaisuri ini dan pulang ke Malaysia.

Hati sedikit rasa sayu untuk meninggalkan negara empat musim ini setelah 3tahun setengah bermastautin disini, namun insha Allah saya akan kembali semula untuk viva. Semoga Allah berikan kesihatan yang baik, penjangkan usia saya dan permudahkan segala urusan sementara hidup di dunia ini, insha Allah.




Bermula semalam, saya telah mengatur beberapa temujanji terakhir dengan rakan-rakan di sini. Lebih sayu rasanya. Terasa saat untuk perpisahan itu hampir benar. Tapi setiap pertemuan itu kan ada perpisahannya? Inilah lumrah hidup. hmm.. agak lari tajuk, seperti biasa hari Jumaat, marilah kita bersama-sama membaca surah al-Kahf. Moga kita diselamatkan dari hasutan dajjal.

Sedikit dari surah al-Kahf untuk kita yang membaca al-Quran tapi lewa dalam mengamalkan kandungannya;

"Dan tidaklah ada yang lebih zalim drpd orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat tuhannya (yg terkandung dlm al-quran), lalu di aberpaling darinya dan lupa apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya; sesungguhnya Kami jadikan tutupan berlapis-lapis pada hati mereka, menghalang mereka dari memahaminya dan Kami jadikan pada telinga mereka (penyumbat yg menyebabkan mereka pekak) dan jika engkau menyeru mereka kepada petunuk, maka dengan demikian keadaan mereka, mereka sekali-kali tidak akan memperolehi hidayat petunjuk selama-lamanya. Dan tuhanmu maha pengampun, lagi melimpah-limpah rahmatNya. Jika Dia mahu menyeksa mereka (di dunia) atas sebab perbuatan mereka, tentulah mereka menyegerakan azab itu, (tetapi Dia tidak berbuat demikian), bahkan ditentukan satu masa dimana mereka tidak sekali-kali akan mendapat sebarang tempat perlindungan"




al-Kahf; 57-58

No comments:

Post a Comment