Pages

Saturday, 26 February 2011

UKHUWAH HINGGA KE SYURGA.. INSHA ALLAH

Bismillahi wallahi..


Dalam sibuk menyiapkan kerja-kerja tertunggak dan pemindahan, saya cuba curi-cuuri masa untuk menguruskan satu perjumpaan dikalangan sahabat-sahabat sekolah yang sama-sama menuntut ilmu al-Quran dulu. Suria 94-96. Alhamdulillah, dengan izinNya, setakat ini seramai 20 orang akan hadir insha allah. Selebihnya dalam 6 orang masih tak dapat memberi kata putus, 2 orang lagi memang tidak dapat hadir kerana alasan yang sangat kukuh, manakala 2 lagi tidak dapat dihubungi langsung. Satu jumlah yang agak memberangsangkan bagi saya. Alhamdulillah. Jika apa yang dirangcang ini terrealisasi, maka, ini akan jadi perjumpaan yg besar sejal lebih kurang 10 tahun yang lalu.



Assalamualaikum warahmatullah,

Bismillahi wallahi.
Alhamdulillah, selawat dan salam keatas nabi junjungan pbuh.
Insha allah, program perjumpaan bekas pelajar-pelajar kelas 1 Suria 94, 2 Suria 95 dan 3 Suria 96 akan diadakan pada 19 March 2011 pada hari Sabtu malam.

Tempat setakat ini, yg dipersetujui mereka yg aktif berFB ialah di Tupai-tupai.

Diharap semua ex-surians yg telah memberikan respon dapat hadir (bersama-sama keluarga). Yang tidak respon mungkin tidak mendapat maklumat, minta tolong kawan-kawan semua sebar-sebarkan dan ajak mereka sama.

Diharapkan agar ramai yg dapat hadir untuk sama-sama merapatkan lagi ukhuwah yg lama terpisah. Last gathering di Genting rasanya.. tahun 2001/02?

Apapun, semua yang disini dialu-alukan memberi cadangan untuk kemudahan dan keselesaan perjumpaan kita semua ini nanti.

Semoga Allah meredhai dan merahmati usaha kita untuk mengeratkan silaturrahim sesama muslim. insha allah.
Wassalam and have a good day.

"UKHUWAH HINGGA KE SYURGA"

No comments:

Post a Comment