Bismillahi wallahi..
Alhamdulillah, lama benar rasanya tak menulis dek kekangan kerja yang banyak. Namun, petang ini, rasa ingin menulis itu membuak secara tiba-tiba. biarpun, intipatinya tidaklah sepenting mana, tapi nafsu menulis mengatasi segala-galanya.
Banyak perkara yang diluar rancangan dan jangkaan dilakukan. Kalau dulu, bibir lancar berbicara tentang janji diri, - tak mahu buat itu. tak mungkin buat ini- tapi minggu ini semuanya berubah sama sekali! Hari isnin, laju betul tangan mengirim email kepada seorang rakan baik, meminta bantuannya. bila hati dah tertaut, rasa tak boleh tunggu lama, tapi harapan dan pergantungan tetap pada Allah jua. Ikhtiar sudah, doa pun tak henti, natijahnya Allah jualah yang menentukan. Ini membuatkan hati tenang. Laluan yang sukar jika lalui berteman, kalau tidak memudahkan, sekurang-kurangnya mengurangkan kegusaran. Terima kasih kak Laila. Benarlah janji Tuhan.. sesungguhnya setiap kesukaran itu disertai kemudahan!. Tiap-tiap kesukaran itu disertai kemudahan. Alhamdulillah.
Ketenangan bertambah, bila dapat menemani 3 bersaudara, Hakim, Hidayah dan Hajar. Manis dan mendamaikan berdampingan dengan anak-anak tak tercalit dosa itu. Tapi hadir mereka sedikit menyentuh perasan. sampai bila agaknya hidup hanya menumpang kasih? tak layakkah untuk memiliki kasih sendiri? Apapun, terima kasih anak-anak kerana beri auntie hati menabur kasih. Nafas ditarik dalam, ditahan agar tiada dengus kesal. Itu semua percaturan tuhan. Sabar aja, setiab musibah pasti ada hikmahnya.
Bergelumang dengan pelajar univ amat banyak mempengaruhi emosi. Melayu, Cina dan India, buat saya tak kering gusi. Lawaknya bersahaja, ibarat teman yang baru berkongsi cerita. Aneh, anak muda zaman sekarang. Kalau dulu, nak bergurau senda yang terbatas pun tak tergamak diri. Namun remaja kini berinteraksi penuh dedikasi, sopannya mencuri hati. Gurauannya menceriakan hari! Terima kasih pelajar.
Cukup setakat ini. Gian jari menari sudah berbayar. (",)
No comments:
Post a Comment