Pages

Saturday, 4 February 2012

HIDUP SATU PENDAKIAN

Kenapa mendaki?!
"Kerana ada gunung".

Ini jawapan ringkas saya kepada mereka yang tidak pernah mendaki dan tidak pernah cuba untuk memahami, naluri seorang pendaki yang cintakan alam semulajadi. 

Tak pernahkah anda terfikir bahawa melihat sesuatu ciptaan Allah itu; iaitu ciptaan yang langsung daripada Allah tanpa campur tangan manusia mampu memberikan kedamaian dan ketenangan? Hati menjadi tenang bila melihat ciptaan yang Maha Kuasa sambil memikirkan tujuan disebalik setiap kejadian.

Ya, antara ciptaan Allah yang paling mudah dilihat dimana-mana adalah manusia. Tapi ada masa, pandangan ini tak mampu memberikan ketenangan malah kadangkala hanya mendatangkan dosa. Jadi pada saya, ada baiknya beralih kepada kejadian lain; hutan, haiwan, bukit-bukau, sungai, laut dan lain-lain termasuklah gunung-ganang, langit dan awan-gemawan.


"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah bagi orang-orang yang berakal. Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi sambil berkata: "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka".                                                                                                                     [ali-imran : 190-191]


Pernah dengar orang tua-tua kata?!
"Kalau hati runsing, pandanglah ke langit. Insha Allah, hati akan lebih tenang. Dada jadi lebih lapang".

Betul, langit yang terbentang luas seolah memberi satu rasa yang cukup mendamaikan dalam jiwa saya. Bila saya lihat langit, hati saya tenang, fikiran dan dada saya lapang. Tentunya yang memberi ketenangan itu bukan langit tetapi Allah. Langit hanya asbab bagi Allah untuk memberi ketenangan kepada sesiapa saja yang melihatnya. Dan kerana langit itu ‘dekat’ dengan Allah yang menciptanya, tentunya hati kita akan jadi tenang bila dekat dengan sesuatu yang dekat dengan Allah. Dan berada dipuncak gunung, menjadikan saya rasa sangat dekat dengan langit!!.


"Ketahuilah dengan mengingati Allah (zikrullah) hati akan menjadi tenang."
                                                                                                                                  [ar-rad : 28 ]

Sedangkan melihat langit pun hati sudah tenang, apalagi jika ditambah dengan ibadah yg terus terusan mendekatkan hati dengan Allah ketika berada dipuncak gunung. Tentunya saya rasa ketenangan yang berganda.

Maka, dengan sedikit penjelasan ini harapnya tiada lagi yang menghalang dan bertanya tujuan saya naik gunung. Jujurnya, saya akan berhenti dari naik gunung jika ada sesuatu yang mampu menggantikan atau memberikan ketenangan yang sama seperti ketika berada dekat dengan langit dipuncak gunung.. insha Allah.

current mood : hati tengah runsing. kecewa pula bila tak dapat berada di kaki langit Gunung Tahan dan Angsi.

No comments:

Post a Comment