Kenapa mendaki?!
"Kerana ada gunung".
Ini jawapan ringkas saya kepada mereka yang tidak pernah mendaki dan tidak pernah cuba untuk memahami, naluri seorang pendaki yang cintakan alam semulajadi.
Tak pernahkah anda terfikir bahawa melihat sesuatu ciptaan Allah itu; iaitu ciptaan yang langsung daripada Allah tanpa campur tangan manusia mampu memberikan kedamaian dan ketenangan? Hati menjadi tenang bila melihat ciptaan yang Maha Kuasa sambil memikirkan tujuan disebalik setiap kejadian.
Ya, antara ciptaan Allah yang paling mudah dilihat dimana-mana adalah manusia. Tapi ada masa, pandangan ini tak mampu memberikan ketenangan malah kadangkala hanya mendatangkan dosa. Jadi pada saya, ada baiknya beralih kepada kejadian lain; hutan, haiwan, bukit-bukau, sungai, laut dan lain-lain termasuklah gunung-ganang, langit dan awan-gemawan.