Hasan Basri ditanya : "Apa rahsia zuhudmu di dunia ini?"

Beliau menjawab :
"Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang. Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk beramal soleh. Aku tahu ALLAH Ta'ala selalu memerhatikanku, kerana itulah aku malu jika ALLAH melihatku sedang dalam maksiat. Dan aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan ALLAH"..
Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

Friday, 26 October 2018

Mid 2016

Ok,

saya mulakan tulisan kali ini dengan percutian 10 hari ke Kota London pada Julai 2016.

Entah kali keberapa saya ke tanah permaisuri ini, saya pun tidak pasti. Tak cukup jari tangan dan kaki barangkali jika mahu dihitung.

Namun kali ini, saya ke UK untuk menghadiri majlis perkahwinan anak ibu angkat di Newcastle.

Perjalanan kali ini agak menrunsingkan kerana stopover di Shanghai. HARU rasanya.

Menghadiri majlis perkahwinan di kedua-dua belah pihak sangat mengujakan. Perkahwinan ala dalam taman dianjurkan sebelah pengantin perempuan. manakala sambutan ala Hindustan di Richmond Hotel di London dibuat dengan penuh meriah oleh pihak lelaki.

Ini rakan-rakan saya dari Paris, Mauritius dan UK yang turut sama menghadiri majlis waktu itu




Sunday, 26 July 2015

CUTI-CUTI AUSTRALIA



Alhamdulillah, cuti panjang Aidilfitri kali ini saya memanfaatkan ke Australia. Kali ini adik turut serta. Tiket yang saya beli disaat-saat akhir memang mahal. Lebih kurang RM2500 untuk penerbangan duahala bgi dua orang.
Kembara kali ini saya lengkapkan dengan menziarah sahabat lama, teman sekelas semasa di tingkatan 4 dan 5 di SMK Raja Ali. Sahabat baik saya ini berketurunan Cina, Cuma saya tidak pasti ugama yang dianutinya. Apapun, beliau sekeluarga sangat baik hingga saya jatuh hati pada anak-anaknya yang comel.

Cheryl's family
Pada petang hari raya Aidilfitri kami mengorak langkah, menuju KLIA2 bagi penerbangan terus ke Perth Australia. SAmpai di Perth International Airport, kami dijemput oleh Cheryll.

18 July 2015 - Sabtu
Hari pertama saya di bawa Cheryl ke Caversham Wildlife Park. Disinilah kami berpeluang memegang Wombat, Kanggaroo, Koala dan macam-macam lagi, bayaran masuk AUD26.





19 July – Ahad
Shopping. Jalan-jalan sekitar Fremantle. Ke Port Coogee, pada hari ini juga kami ke Swan Valley. Di sini sempat juga shopping coffee beans, chocolate dan madu!


20 July – Isnin
Ke Harbour Town, Australia National Park, pusing-pusing Bandar Perth. Menikmati keindahan Matilda Bay dan Swan River. Di sekitar Swan River inilah pengambaran filem Adam dan Hawa dibuat, begitu juga dengan cerita Sebenarnya Aku Isteri Dia. Banyak penggambaran drama melayu sebenarnya dirakam di Australia. Sebabnya saya kurang pasti, nak kata bajet murah, tidak juga. Baran makan sangatlah mahal di sini.

21 July – Selasa
Kami melawat museum. Perth Art Museum dan Maritime Museum. Makan-makan di Kaili’s Fish and chip di Fremantle Waterfront.

22 July – Rabu
Kami meluangkan masa meninjau-ninjau Perth Zoo. Admission fee adalah AUD29. Kami meluangkan masa meneroka sekitar Perth menaiki CAT (bus free) dan tren dari Bandar ke Monash.

23 July – Khamis
Ke Pantai dan melawat kawasan kediaman orang kaya-kayap! Rumah mereka, masya Allah… yang hidup seolah-olah takmahu mati!

24 July – Jumaat
Hari berehat-rehat. Mengemas luggage dan meluangkan masa dengan anak-anak Cheryll. Owh yee.. pada hari terakhir ini selalu berlangsungnya shopping di saat-saat akhir. Dan kami berkesempatan ke Westfield di Perth. Namun keadaannya tidaklah segah Wesfield di London yang menempatkan baarang-barang dari jenama terkemuka. Westfield Perth macam Parkson di Malaysia lebih kurang

25 July – Sabtu
Penerbangan pulang awal pagi ke Kuala Lumpur

Saturday, 16 August 2014

MESIR

Ini kali pertama saya memilih khidmat EgyptAir. Penerbangan pada malam raya seperti yang dijangka- LENGANG.

Barangkali semua masih bercuti raya dan saya seperti biasa membawa diri jauh ke Timur Tengah. Destinasi pilihan kali ini adalah Mesir Bumi Anbiya.  Matlamat saya kali ini adalah menyelusuri Sungai Nil. Sungai terpanjang yang merentasi 9 buah negara : Sudan, Burundi, Rwanda, Kongo, Tanzania, Kenya, Uganda, Habsyah dan akhir sekali negara yang menerima Nil adalah Mesir.

Seminggu di Mesir. 5 hari dihabiskan menyelusuri Sungai Nil dari Aswan ke Luxor. Sepanjang perjalanan kapal berhenti dibeberapa bandar seperti Aswan, Edfu, Karnak, dan Luxor.
2 hari dihabiskan melawat Giza dan sekitar Kaherah.


Saya tiba di Cairo International Airport pada 31 July 2014 (Khamis) jam 4.55am local time. Maka, bermulalah pelayaran saya menyelusuri Sungai Nil.

31 July - Khamis
Saya memulakan lawatan ke Giza Plateau (one of the seven wonders of the ancient
world) di sini kita boleh melihat the Great Pyramids of Cheops, Chephren and Mykerinus, Sphinx,dan Valley Temple facing the great statue.


The Sphinx
Piramid : Cheops, Chephren and Mykerinus (milik anak - bapa - ibu)

Kemudian ke Egyptian Museum, bilik simpanan hartaRaja termuda Tutankhamen, melawat sekitar bandar Cairo dan akhirnya ke Old Bazar - Khan El Khalili.


1 Ogos - Jumaat
Saya mengambil penerbangan awal pagi dari Cairo ke Aswan, utara Mesir. Disini saya melawat Empangan terbesar di Mesir. Seterusnya melihat Unfinished Obelisk dan menaiki motor-boat ke Pulau Egilka yang menepatkan Kuil Philae.


Ini family Dr Jack, Dr yang bertugas dengan UN

Egilka Island

2 Ogos - Sabtu
Menaiki kapal pelayaran menyelusuri Sungai Nil terus ke Kom Ombo Temple, menempatakn tuhan Buaya dan seterusnya pelayaran diteruskan ke bandar Edfu untuk sesi jelajah Edfu's Temple of Horus
Edfu - Temple of Horus

Kom Ombo Temple


3 Ogos - Ahad
Kami terus ke West Bank of the river Nile. Melawat statues of Amenhotep III (Colossi of Memnon) dan kemudian ke Valley of the Kings, menempatkan semua makam-makam Firaun. Seterusnya ke Hatshepsut Temple di El Deir El Bahary
Menikmati keindahan sunset di West Bank

Valley of the King


4 Ogos - Isnin
Hari terakhir pelayaran, destinasi seterusnya adalah Karnak Temple, ia merupakan kuil terbesar yang pernah dibina di Mesir. Ipet-isut bermaksud “the most sacred of places.” 
Karnak Temple
 
Karnak Temple


Luxor Temple


Akhirnya saya melawat Luxor Temple yang dibina oleh Amenhotep III dan Ramses II. Dan akhirnya saya mengambil penerbangan domestik dari  Luxor airport untuk ke Cairo semula. Sekembalinya ke Cairo saya mengunjungi Khan el Khalili lagi untuk shopping saat-saat akhir, menikmati keindahan malamnya dan ke Universiti Al-Azhar.


di Masjid Al-Azhar
Alhamdulillah, selesai menyelusuri Sungai Nil. Tak terbayang bagamana persaaan Yukabid ibu kepada junjungan besar Nabi Musa menghanyutkan anaknya yang masih menyusu ke Sungai Nil.

Insha Allah, moga diberi kesempatan melawat Mesir lagi untuk kembara sejarah islam di sana pula.
 
Inilah kapal yang membawa saya menyelusuri Sungai Nil dari Aswan ke Luxor


my Cabin - luar tu adalah Sungai Nil :)


5 Ogos - Selasa
Saya mengambil penerbangan ke Kota London sebelum memulakan pengembaraaan ke Maghribi pada hari esoknya.

Tuesday, 7 June 2011

SAUDI ARABIA

Alhamdulillah, puji dan syukur kehadrat Allah tuhan semesta alam serta selawat dan salam keatas junjugan besar Muhammad persuruhNya.
Alhamdulillah, perjalanan kami menjadi tetamuNya tempoh hari berjalan sempurna dan dipermudahkanNya. Sekadar ingin menyegarkan ingatan dan menyemat semua pengalaman, saya rakamkan ia disini supaya tak luput dari ingatan kami akan anugerah Allah yang tidak ternilai ini. Kepada yang membaca atau terbaca, mungkin anda juga dapat mengingat kembali zaman anda berada disana dahulu. atau kepada yang belum sampai masanya, anggaplah ini sebagai pengalaman untuk kita kongsi bersama, insha allah.