Hasan Basri ditanya : "Apa rahsia zuhudmu di dunia ini?"

Beliau menjawab :
"Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang. Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk beramal soleh. Aku tahu ALLAH Ta'ala selalu memerhatikanku, kerana itulah aku malu jika ALLAH melihatku sedang dalam maksiat. Dan aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan ALLAH"..

Saturday, 26 February 2011

UKHUWAH HINGGA KE SYURGA.. INSHA ALLAH

Bismillahi wallahi..


Dalam sibuk menyiapkan kerja-kerja tertunggak dan pemindahan, saya cuba curi-cuuri masa untuk menguruskan satu perjumpaan dikalangan sahabat-sahabat sekolah yang sama-sama menuntut ilmu al-Quran dulu. Suria 94-96. Alhamdulillah, dengan izinNya, setakat ini seramai 20 orang akan hadir insha allah. Selebihnya dalam 6 orang masih tak dapat memberi kata putus, 2 orang lagi memang tidak dapat hadir kerana alasan yang sangat kukuh, manakala 2 lagi tidak dapat dihubungi langsung. Satu jumlah yang agak memberangsangkan bagi saya. Alhamdulillah. Jika apa yang dirangcang ini terrealisasi, maka, ini akan jadi perjumpaan yg besar sejal lebih kurang 10 tahun yang lalu.

Friday, 18 February 2011

JUMAAT TIBA LAGI

Bismillahi wallahi.


Jumaat tiba lagi. Dan saya hanya mempunyai 3 kali Jumaat lagi sebelum Jumaat ke-empat tiba untuk saya pulang berangkat meninggalkan bumi permaisuri ini dan pulang ke Malaysia.

Hati sedikit rasa sayu untuk meninggalkan negara empat musim ini setelah 3tahun setengah bermastautin disini, namun insha Allah saya akan kembali semula untuk viva. Semoga Allah berikan kesihatan yang baik, penjangkan usia saya dan permudahkan segala urusan sementara hidup di dunia ini, insha Allah.

Tuesday, 15 February 2011

12 RABIULAWAL

 
Selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad saw.  
Hari ini, hari keputeraan baginda rasulullah, takde diriwayatkan baginda menyambut hari  kelahirannya, tapi pada saya tak salah menjadikannya antara salah satu hari yg bersejarah untuk kita mengingatinya. 

Kebiasannya, di malaysia akan ada perarakan, memeringati hari kelahiranNya, tapi adakah kita benar-benar ingat dan terbit rasa rindu kepasa rasul? saya sendiri tak pasti, cuma setiap kali berselawat ke atas junjungan besar ini, saya seringkali bertanya kepada diri sendiri.. menginsafi kekerdilan diri, antara yang selalu bermain-main dalam fikiran:
1. kalau nabi masih ada, adakah saya masih seperti ini? saya menjangkakan kalau saya hidup sezaman dengannya, tentunya saya akan lebih baik lagi.. mungkinkah?
2. atau, kalau nabi lihat saya begini, apakah perkataan yg pertama akan keluar dari mulutnya? adakah baginda akan menangis melihat kealpaan saya dalam kurangnya pendidikan ugama., atau baginda berpaling kerana kejahilan saya?
3. atau mungkin juga saya sentiasa melarikan diri kerana malu untuk berhadapan dengannya, seperti saya melarikan diri dan tunduk malu bila berdepan dengan ustaz yang pernah mengajar saya dahulu?

macam-macam yang saya fikirkan.. beruntunglah mereka yang hidup sezaman dengannya. dan beruntunglah kita yang menjadi umatnya. umat akhir zaman. semoga Allah menjauhkan saya dengan bertemu hari yang terakhir itu.

  

Saturday, 15 January 2011

FITRAH

Bismillahi wallahi

Kesekian kalinya, baru mempunyai peluang untuk menulis disini. Syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi lagi peluang untuk bernafas dengan kesihatan yang baik untuk terus mengharungi kehidupan dunia ini. 30 tahun diharungi, namun dalam kelekaan menikmati keseronokkan dipentas dunia, ada masa terlupa dan terlalai, kealpaan menyebabkan diri terjebak dengan perkara-perkara kemaksiatan.


Inilah fitrah manusia, jauh dari tuhan pencipta dikala gembira dan kembali kepada fitrahnya, mengharap redha tuhan yang satu bila berduka untuk menginsafi kesalahan lalu. Tuhan itu arRahman dan arRahim, datanglah walau dengan segunung dosa, tatkala tersedar, bertaubatlah dan mohonlah keampunan daripadaNya, nescaya kita akan nikmati rahmahNya. Begitulah kasih dan pengampunnya tuhan yang kita sembah.

"Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami yang telah lalu, dan peliharalah diri kami dari melakukan dosa-dosa yang sama dimasa akan datang. peliharalah jiwa dan jasmani kami dari segala perbuatan keji dan hina yang Kau larang."


Alhamdulillah, bersyukur kerana Allah melanjutkan umur, dapat melewati hingga ke tahun 30. Sepanjang tempoh ini, dipanjatkan rasa bersyukur atas segala nikmat dan pemberianNya. Semakin panjang umur, semakin pendeklah usia hidup di dunia.

Wednesday, 4 August 2010

BERDUKA??


















Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam) dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.

[Ali-imraan; 139]

Wednesday, 14 July 2010

SYAABAN

Bismillahi wallahi.

Puji dan syukur kehadrat Allah swt serta selawat dan salam keatas Nabi junjungan saw.

Alhamdulillah, berpeluang sebentar menaip dsini setelah sekian lama tak menjengahnya, sehinggakan terlupa terus katakunci untuk mengakses laman ini.

Cepat benar masa meninggalkan kita, rasanya baru lagi melangkah ke Muharram 1431, sedar tak sedar, Rejab sudahpun berlalu pergi. Dan masih belum terlewat kiranya ingin saya ucapkan salam Syaaban dan selamat memperbanyakkan ibadah sepanjang bulan ini. InshaAllah.

Sabda Rasulullah saw:
"Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."



Thursday, 25 March 2010

LUASNYA RAHMAT ALLAH

"Allah berfirman: Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dari-Ku, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu engkau pohon keampunan dari-Ku, Aku ampunkan engkau, aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, engkau jika datang kepada-Ku dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemui-Ku tanpa mensyirikkan Daku dengan sesuatu, nescaya aku datang kepadamu dengan penuh keampunan."

[Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani].


Thursday, 3 December 2009

DAMAIKAN MEREKA


"Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga dia kembali mematuhi perintah Allah; jika dia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat".

[Al-hujraat;9-10]

Friday, 27 November 2009

Friday, 23 October 2009

SELAMAT BERANGKAT KE KOTA MEKAH

"Allah menjadikan KAABAH, rumah yang mulia itu, sebagai tempat tumpuan manusia (untuk menjalankan ibadat dan hal-hal hidup), demikian juga bulan-bulan yang mulia dan binatang-binatang korban dan kalong-kalong binatang korban itu, supaya kamu ketahui bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi dan bahawa sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Ketahuilah oleh kamu, bahawasanya Allah Maha berat azab seksaNya (kepada orang yang kufur dan derhaka) dan bahawasanya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (bagi orang yang mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya). "
[Al-ma'idah; 97-98]

Tuesday, 25 August 2009

PETUNJUK ALLAH

"Wahai orang-orang yang beriman!
Jika kamu BERTAQWA kepada Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu (PETUNJUK) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar".

[Al-anfaal;2]

Tuesday, 18 August 2009

MARHABAN YA RAMADHAN

Hampir tiba ramadhan yang indah
Entahkan sempat bertemu Aidilfitri
Kalau ada salah kata dan tingkah
Saya mohon maaf seikhlas hati


"Manusia yang paling Allah benci ialah yang berkeras kepala dalam perbalahan”
[Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

"Wahai orang-orang yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah dengan "taubat nasuha", Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.."
[al-Tahrim; 8]

Friday, 29 May 2009

JANGAN PANDANG SERONG

"Wahai orang-orang yang beriman!

JAUHILAH kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan JANGANLAH kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan JANGANLAH setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.

Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat; mengumpat=makan daging mayat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan BERTAKWALAH kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani"

[Al-hujraat; 12]

Saturday, 9 May 2009

RENUNGKANLAH

"Wahai orang-orang yang beriman!

BERTAQWALAH kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang dia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (akhirat) dan (sekali lagi diingatkan): BERTAQWALAH kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.

Dan JANGANLAH kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasiq (derhaka)".

[Al-Hashr; 18-19]

Tuesday, 5 May 2009

MASA

Demi MASA!


Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar

[Al-asr; 1-3]