Hasan Basri ditanya : "Apa rahsia zuhudmu di dunia ini?"

Beliau menjawab :
"Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang. Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk beramal soleh. Aku tahu ALLAH Ta'ala selalu memerhatikanku, kerana itulah aku malu jika ALLAH melihatku sedang dalam maksiat. Dan aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan ALLAH"..

Sunday, 26 July 2015

CUTI-CUTI AUSTRALIA



Alhamdulillah, cuti panjang Aidilfitri kali ini saya memanfaatkan ke Australia. Kali ini adik turut serta. Tiket yang saya beli disaat-saat akhir memang mahal. Lebih kurang RM2500 untuk penerbangan duahala bgi dua orang.
Kembara kali ini saya lengkapkan dengan menziarah sahabat lama, teman sekelas semasa di tingkatan 4 dan 5 di SMK Raja Ali. Sahabat baik saya ini berketurunan Cina, Cuma saya tidak pasti ugama yang dianutinya. Apapun, beliau sekeluarga sangat baik hingga saya jatuh hati pada anak-anaknya yang comel.

Cheryl's family
Pada petang hari raya Aidilfitri kami mengorak langkah, menuju KLIA2 bagi penerbangan terus ke Perth Australia. SAmpai di Perth International Airport, kami dijemput oleh Cheryll.

18 July 2015 - Sabtu
Hari pertama saya di bawa Cheryl ke Caversham Wildlife Park. Disinilah kami berpeluang memegang Wombat, Kanggaroo, Koala dan macam-macam lagi, bayaran masuk AUD26.





19 July – Ahad
Shopping. Jalan-jalan sekitar Fremantle. Ke Port Coogee, pada hari ini juga kami ke Swan Valley. Di sini sempat juga shopping coffee beans, chocolate dan madu!


20 July – Isnin
Ke Harbour Town, Australia National Park, pusing-pusing Bandar Perth. Menikmati keindahan Matilda Bay dan Swan River. Di sekitar Swan River inilah pengambaran filem Adam dan Hawa dibuat, begitu juga dengan cerita Sebenarnya Aku Isteri Dia. Banyak penggambaran drama melayu sebenarnya dirakam di Australia. Sebabnya saya kurang pasti, nak kata bajet murah, tidak juga. Baran makan sangatlah mahal di sini.

21 July – Selasa
Kami melawat museum. Perth Art Museum dan Maritime Museum. Makan-makan di Kaili’s Fish and chip di Fremantle Waterfront.

22 July – Rabu
Kami meluangkan masa meninjau-ninjau Perth Zoo. Admission fee adalah AUD29. Kami meluangkan masa meneroka sekitar Perth menaiki CAT (bus free) dan tren dari Bandar ke Monash.

23 July – Khamis
Ke Pantai dan melawat kawasan kediaman orang kaya-kayap! Rumah mereka, masya Allah… yang hidup seolah-olah takmahu mati!

24 July – Jumaat
Hari berehat-rehat. Mengemas luggage dan meluangkan masa dengan anak-anak Cheryll. Owh yee.. pada hari terakhir ini selalu berlangsungnya shopping di saat-saat akhir. Dan kami berkesempatan ke Westfield di Perth. Namun keadaannya tidaklah segah Wesfield di London yang menempatkan baarang-barang dari jenama terkemuka. Westfield Perth macam Parkson di Malaysia lebih kurang

25 July – Sabtu
Penerbangan pulang awal pagi ke Kuala Lumpur

Sunday, 10 May 2015

USTAZ OOHHH USTAZ..

Semalam mendapat cerita detail disebalik kisah "ustaz tikam kekasih hingga mati" dari rakan-rakan terdekat allahyarham. memang rupa si penikam sangat 'ustaz'. namun siapa sangka, disebalik wajah suci, alim dan warak seorang ustaz, tergamak beliau menikam seorang ibu tunggal.

hebat penangan ustaz muda berusia 26 tahun memanipulasi seorang ibu tunggal yg pada anggapan saya mempunyai lebih pengalaman hidup berumahtangga dan berurusan dengan orang lelaki. inilah penangan ustaz, setiap butir bicaranya boleh ditelan dan diyakini bulat-bulat. yang haram pun boleh jadi harus.

dalam rasa simpati pada si mati dan keluarganya, rasa hormat saya terhadap golongan ustaz juga makin berkurang. dan masih saya tertanya-tanya siapakah yg selayaknya dipanggil ustaz dan apa kriteria ustaz di Malaysia ini sehingga mereka mendapat sanjungan dan penghormatan lebih dari biasa?

orang Melayu-Malaysia ini; asalkan..
berjanggut dihias kupiah - ustaz
tamat kolej islam - ustaz
tulis buku rohani - ustaz
mengaji suara sedap - ustaz
sembang ana anta - ustaz
menyanyi nasyid kontemporari - ustaz
nyanyi rock tukar lirik islami - ustaz
peraga jubah - ustaz
jual kismis air jampi - ustaz
kerja di jabatan-jabatan agama tak kira jawatan - ustaz
motivator - ustaz
berucap dengan sepotong ayat al-quran - ustaz
balik study dari timur tengah - ustaz
lepasan maahad - ustaz

dan yang hairannya, golongan yang dipanggil ustaz walaupun hakikatnya tak berapa nak ustaz ini; tidak pernah pula menidakkan kata ganti nama yg diberi. malah dengan gah membahasakan diri sendiri Ustaz dan buka account sosial dengan salutation 'USTAZ'. sekali panggil ustaz, terus menoleh. kalau semeja ada 4 orang, bukan seorang menoleh, malah semua sekali. betapa gelaran Ustaz itu sangat didahagakan. tak pasti sebab apa, cuma pada amatan saya.. ia satu antara dua; samada sebab 1) nama dan harga diri, 2) sumber pendapatan dan mata pencarian.

ada juga ustaz yg pesannya pada saya, "si Fulan tu bukan ustaz, panggil aje ..." Tak lama kemudian, ada fanpage Ustaz si Fulan. pernah juga ustaz yg pada awalnya menyatakan 'bakal isteri saya bukan ustazah, tapi insha allah saya akan bimbing menjadi wanita solehah" tak lama lepas berkahwin, status terkini dimuat naik "sebarang pertanyaan boleh hubungi Ustazah Dotdotdot" waahh.. ada lesen besar rupanya seorang ustaz mengiktiraf isterinya ustazah!.

itu belum diikuti kisah ustaz telagah sesama sendiri. glamer tak glamer.. sama naik. ustaz kepartian tak kurang karenahnya. ustaz kelek anak dara orang jangan cakaplah.. malah ustaz alhafiz usung isteri orang kehulu hilir depan mata saya pun ada!

saya mula menggauli golongan ustaz-ustazah ni sekitar 8-9 tahun yg lalu. maka ramailah ustaz dan ustazah yg saya kenal baik. namun dalam ramai-ramai, amatlah kecil bilangan mereka yang saya kagumi dan hormati secara keseluruhannya.

setahun-dua kebelakangan ini, saya langsung tidak menonton program agama di TV. ada rasa menyampah dengan lakonan para ustaz. hanya satu dua siri shj yg saya ikuti. dan merekalah ustaz yg saya yakini ilmunya dan saya hormati seluruh sisi kehidupannya. dengan mereka ini sahajalah menjadi rujukan saya atas sebarang kemusykilan yg timbul.

selain dari 2-3 orang ustaz ini, saya hanya kutip dan hormati ilmu yg mereka miliki dari jauh, off course mereka jauh lebih baik dari saya yg berpendidikan bukan berlatarbelakangkan ugama. saya hormat ilmunya tapi bukan sisi peribadi mereka. mereka pada saya, tidak boleh dicontohi. 
PLASTIK belaka!

Saturday, 13 September 2014

MAKAN-MAKAN MOROCCODI

dI Jamel Fana - jangan lupa jus oren ni- sangat refreshing




Moroccan Chicken Tajine

Lentile Shurbah


Lagi Chicken Tajine




Saturday, 23 August 2014

MAKAN-MAKAN MESIR

haaa.. ini adalah kompilasi makanan semasa saya menjelajah Mesir. Dari hari pertama sehingga hari terakhir berada di bumi Mesir. Nama-namanya tidak pula saya ingat...






Breakfast day 1 : Faremont Hotel

Lunch atas Kapal St George Minessota




Dinner

Chicken broth


dessert

Breakfast : omelete


  
















Saturday, 16 August 2014

MESIR

Ini kali pertama saya memilih khidmat EgyptAir. Penerbangan pada malam raya seperti yang dijangka- LENGANG.

Barangkali semua masih bercuti raya dan saya seperti biasa membawa diri jauh ke Timur Tengah. Destinasi pilihan kali ini adalah Mesir Bumi Anbiya.  Matlamat saya kali ini adalah menyelusuri Sungai Nil. Sungai terpanjang yang merentasi 9 buah negara : Sudan, Burundi, Rwanda, Kongo, Tanzania, Kenya, Uganda, Habsyah dan akhir sekali negara yang menerima Nil adalah Mesir.

Seminggu di Mesir. 5 hari dihabiskan menyelusuri Sungai Nil dari Aswan ke Luxor. Sepanjang perjalanan kapal berhenti dibeberapa bandar seperti Aswan, Edfu, Karnak, dan Luxor.
2 hari dihabiskan melawat Giza dan sekitar Kaherah.


Saya tiba di Cairo International Airport pada 31 July 2014 (Khamis) jam 4.55am local time. Maka, bermulalah pelayaran saya menyelusuri Sungai Nil.

31 July - Khamis
Saya memulakan lawatan ke Giza Plateau (one of the seven wonders of the ancient
world) di sini kita boleh melihat the Great Pyramids of Cheops, Chephren and Mykerinus, Sphinx,dan Valley Temple facing the great statue.


The Sphinx
Piramid : Cheops, Chephren and Mykerinus (milik anak - bapa - ibu)

Kemudian ke Egyptian Museum, bilik simpanan hartaRaja termuda Tutankhamen, melawat sekitar bandar Cairo dan akhirnya ke Old Bazar - Khan El Khalili.


1 Ogos - Jumaat
Saya mengambil penerbangan awal pagi dari Cairo ke Aswan, utara Mesir. Disini saya melawat Empangan terbesar di Mesir. Seterusnya melihat Unfinished Obelisk dan menaiki motor-boat ke Pulau Egilka yang menepatkan Kuil Philae.


Ini family Dr Jack, Dr yang bertugas dengan UN

Egilka Island

2 Ogos - Sabtu
Menaiki kapal pelayaran menyelusuri Sungai Nil terus ke Kom Ombo Temple, menempatakn tuhan Buaya dan seterusnya pelayaran diteruskan ke bandar Edfu untuk sesi jelajah Edfu's Temple of Horus
Edfu - Temple of Horus

Kom Ombo Temple


3 Ogos - Ahad
Kami terus ke West Bank of the river Nile. Melawat statues of Amenhotep III (Colossi of Memnon) dan kemudian ke Valley of the Kings, menempatkan semua makam-makam Firaun. Seterusnya ke Hatshepsut Temple di El Deir El Bahary
Menikmati keindahan sunset di West Bank

Valley of the King


4 Ogos - Isnin
Hari terakhir pelayaran, destinasi seterusnya adalah Karnak Temple, ia merupakan kuil terbesar yang pernah dibina di Mesir. Ipet-isut bermaksud “the most sacred of places.” 
Karnak Temple
 
Karnak Temple


Luxor Temple


Akhirnya saya melawat Luxor Temple yang dibina oleh Amenhotep III dan Ramses II. Dan akhirnya saya mengambil penerbangan domestik dari  Luxor airport untuk ke Cairo semula. Sekembalinya ke Cairo saya mengunjungi Khan el Khalili lagi untuk shopping saat-saat akhir, menikmati keindahan malamnya dan ke Universiti Al-Azhar.


di Masjid Al-Azhar
Alhamdulillah, selesai menyelusuri Sungai Nil. Tak terbayang bagamana persaaan Yukabid ibu kepada junjungan besar Nabi Musa menghanyutkan anaknya yang masih menyusu ke Sungai Nil.

Insha Allah, moga diberi kesempatan melawat Mesir lagi untuk kembara sejarah islam di sana pula.
 
Inilah kapal yang membawa saya menyelusuri Sungai Nil dari Aswan ke Luxor


my Cabin - luar tu adalah Sungai Nil :)


5 Ogos - Selasa
Saya mengambil penerbangan ke Kota London sebelum memulakan pengembaraaan ke Maghribi pada hari esoknya.