Hasan Basri ditanya : "Apa rahsia zuhudmu di dunia ini?"

Beliau menjawab :
"Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang. Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk beramal soleh. Aku tahu ALLAH Ta'ala selalu memerhatikanku, kerana itulah aku malu jika ALLAH melihatku sedang dalam maksiat. Dan aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan ALLAH"..

Thursday, 5 July 2012

LEMBARAN BARU

"Angkatlah kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya 300 rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada syirik denganNya sesuatu kecuali tukang tilik, kekal dalam zina, kekal meminum arak dan derhaka terhadap ibu-bapa"
Hari ini 4 Julai bersamaan dengan 14 Sya'aban. Dan malam ini merupakan malam pertengahan bulan Sya'aban atau lebih mudah diingati dengan Nisfu Sya'aban. Merupakan salah satu hari kebesaran dalam Islam juga untuk umat Islam. Sepertinya bulan Rejab dengan malam Isra' Mikrajnya, Ramadan dengan Lailatul-Qadrnya, begitu jugalah kelebihan Sya'aban dengan malam Nisfu Sya'abannya.


Malam nisfu Sya'aban dikatakan antara malam yang terbesar dalam Islam selepas malam al-Qadr (Lailatul -Qadr). Kelebihan malam ini disebabkan oleh pencipta agung melimpahkan rahmatNya keatas sekalian manusia, sepertimana Rasulullah bersabda: 
"Sesungguhnya Allah SWT melimpahkan rahmat pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya yang lebih banyak daripada bilangan bulu kambing Bani Kilab."
Bagi kebanyakkan muslim di Malaysia, kita lebih diperingatkan dengan malam Nisfu Sya'aban kepada peristiwa dimana lembaran baru setiap individu dibuka. Selepas Maghrib, segala perbuatan dan pertuturan setiap manusia yang dicatatkan oleh Malaikat ditutup dan diangkat lalu digantikan dengan buku yang baharu. Maka, kebanyakkan muslim akan lebih berjaga-jaga agar penutup bagi lembaran lama yang dipersembahkan kepada Pencipta adalah dalam keadaan yang sangat baik dan sesempurna mungkin, Begitu juga setelah lembaran baru dibuka, seboleh-bolehnya, setiap insan inginkan ia dimulakan dengan catatan yang baik-baik sahaja. Diriwayatkan daripada Ata' ibn Yasar berkata: "Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, malaikat maut menulis nama orang yang akan meninggal dunia pada bulan Syaaban tersebut sehingga bulan Syaaban berikutnya". Namun, kita jarang melihat kelebihan malam ini selain daripada menjaga helaian terakhir dan helaian baru. Tidak ramai yang melihat malam ini sebagai malam yang penuh dengan keampunan. 

Dalam hadith Qudsi Allah berfirman :
"Adalah orang yang meminta ampun padaKu,  Aku ampunkan. Orang yang ditimpa bala Aku afiatkan, orang yang minta rezeki, Aku berikan. Demikianlah pertanyaan dan permintaan lainnya sehingga keluar fajar Subuh"
Pada malam Nisfu Sya'aban, Jibrail bersungguh-sungguh menunaikan solat hajat. Dan datanglah Jibrail kepada Rasulullah seraya berkata "Ya Muhammad, gembiralah kamu bahawa Allah telah mengampunkan segala umatmu yang tidak menyekutukanNya, angkatlah kepalamu". Lalu Rasululllah pun mengangkat kepalanya dan pintu langit terbuka.

Disetiap tingkat langit yang terbuka itu, Malaikat menyeru kemenangan bagi golongan manusia seperti berikut [1]:

Langit pertama : kemenangan bagi orang yang ruku' pada malam ini
Langit kedua : kemenangan bagi orang yang sujud
Langit ketiga : kemenangan bagi orang yang berdoa
Langit keempat : kemenangan bagi orang yang berzikir
Langit kelima : kemenangan bagi orang yang menangis kerana takutkanAllah
Langit keenam : kemenangan bagi orang yang beramal kebajikan pada malam ini
Langit ketujuh : kemenangan bagi orang yang meminta (permintaannya diterima) dan orang yang momohon keampunan (diampunkan baginya)

Rasulullah bertanya, sehingga bilakah semua pintu-pintu langit ini dibuka? 
Jawab Malaikat; Sehingga subuh.

Nabi bersabda lagi; "Apabila tiba malam Nisfu Sya'aban, maka berjagalah kamu pada malamnya dengan bersmebahyang, beribadat dan puasalah kamu pada siangnya"  Disebutkan dalam kitab Al-Barakah bahawa jin, burung, binaatang buas dan ikan dilaut berpuasa pada hari Nisfu Sya'aban [1]. 

Al-Baihaqi ra meriwayatkan “Rasulullah telah bangun pada malam Nisfu Syaaban dan bersembahyang, dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki baginda dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar baginda berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”  

Adapun pada malam ini tiadalah ibadah yang dikhususkan untuk dijadikan amalan di malam Nisfu Sya'aban. Namun  bagi mengelakkan diri kita lalai dan leka ketika lembaran baru dibuka, antara amalan yang boleh dilakukan adalah seperti banyakkan beristigfar, solat taubat, tahajjud, berdoa, membaca al-Quran, bertasbih dan berselawat.
"اللهم بلغنا رمضان" 
Ya Allah, sampaikanlah kami kepada Ramadan

15 Sya'aban kebiasaannya umpama 'trigger' bagi setiap muslim bahawa kurang dari dua minggu lagi, insha Allah.. bertemulah kita dengan Ramadan. Marilah kita penuhi hari-hari terakhir dibulan Sya'aban ini dengan memperbanyakkan amalan dan persediaan menemui Ramadan Kareem. Sesungguhnya dinamakan bulan ini Sya'ban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak.  




Rujukan:
[1] Rusydi Ramli al-Jauhari. 10 Hari Kebesaran Islam (2011). Mustread Pub.

No comments:

Post a Comment