ALHAMDULILLAH
Syukur sebenarnya adalah satu perasaaan yang sangat sukar untuk duduk pejam dihati kita. Kebiasaannya, Alhamdulillah terpacul dari bibir setelah memperolehi sesuatu yang menggembirakan, namun jangan terkejut jika masih ada yang berat bibrnya melafazkan kalimah ini.
Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat kepada kamu dan jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah pedih.
Menjadi rutin atau amalan masyarakat kita hanya melafazkan atau menghadkan penggunaan lafaz "Alhamdulillah" hanya setelah beroleh kebaikkan dan menyampaikan rasa syukur pada pemberianNya. Namun hakikatnya, lafaz syukur ini tidak semestinya hanya diucapkan tatkala berasa lega atas perkhabaran baik dan berita gembira. Bahkan, bagi yang sedang diuji lalu dia mengucapkan rasa syukur tatkala dia sebenarnya sedang berdepan ujian yang hebat dan melafazkan syukurnya tatkala dia sebenarnya berada dalam kedukaan, sesungguhnya dialah insan yang Allah limpahkan padanya pelbagai kebaikkan, seperti firmanNya
“Orang-orang yang apabila ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." [al-Baqarah; 156-157]
Tak terhitung banyaknya perkara dan nikmat serta berita gembira yang diterima. Sesungguhnya Allah maha Pemurah. Pemberiannya betimpa-timpa tiba. Kalaupun diuji dengan sedikit kesedihan tapi nikmat yang datang selepasnya sungguh berganda!!
Sekadar menghilangkan rasa rindu menulis, saya catatkan perkara-perkara yang mendorong saya memperbanyakkan kalimah Alhamdulillah pada hari ini.
Alhamdulillah atas banyak perkara:
1. Jadual yg padat, setiap yang ingin berjumpa perlu buat janji temu atau mereka akan pulang hampa. Kebiasaaanya saya tidak dapat melayan dan akan menolak kehadiran tetamu dimuka pintu. Betul, ia tabiat yang kurang manis, namun saya tidak dapat menerima dek tuntutan lain yang lebih utama. Namun minggu ini, ajaib. Allah beri sedikit ruang senggang. Bilik tak putus-putus dikunjungi tetamu, yang kekal ada, setia menunngu, yang dimuka pintu terburu-buru menyudahkan bicara, namun saya berpuas hati dapat melayan semuanya.
2. Tak menang tangan menyelak dokumen itu, menyudahkan artikel ini, kehulu kehilir, keletihan bergerak , kekeringan tekak menjawab panggilan telefon terasa hilang bila masih ramai yang sanggup membantu. Terima kasih pada Ustaz Rusydi yang sanggup membantu memudahkan pencarian ahli panel bagi forum yang akan dianjurkan dalam masa dua minggu lagi. Akhirnya Sdri Salima bersetuju.
3. Letih memikirkan pengajian yg tergendala, Alhamdulillah, berita baik diterima. Insha Allah, akan berangkat ke benua Eropah sana bagi menyudahkan bagi yang ada. Ini berita paling gembira. Tinggal sebulan aja untuk menyudahkan semuanya.
4. Dalam kerunsingan dengan susunan kertas kerja diatas meja, masa rehat terselit rasa nak meninjau akaun FB. Kebelakangan ini, kesibukkan membolehkan FB diakses dari telefon bimbit shj, namun hari bertambah ceria bila ada rakan2 yang mengusik sama.. ermmm... loya pon ada dengan lawak jenakanya!
5. Walaupun terkadang lupa dgn mak abah, namun Alhamdulillah, mereka tak pernah lupakan anaknya yang satu ini. Dapat panggilan dari abah diwaktu puncak kesibukkan petang tadi benar-benar melegakan dan mendamaikan jiwa.. kata Abah "Lin, buku Dr saya takut jarum" dah diterima =). talian dimatikan seolah2 abah tahu anaknya ini tak dapat bercakap lama.
6. Talian telepon yang sentiasa sibuk tak menghalang hubungan ketua dan anak buah. Again, thank you Allah. Anak-anak buah sentiasa di sisi bersama menjayakan misi institusi. Mintalah apa saja, cepat aja dibuatnya. Cekap!
Banyak lagi yang perlu disyukuri untuk hari ini namun tak terdaya nak meneruskan penulisan kali ini memandangkan masih ada sisa kerja yang berbaki dari siang tadi. Pun begitu, tetap saya berdoa agar Allah kekalkan sifat dan rasa syukur sentiasa atas segala nikmat mahupun ujian kedukaan yang datang dariNya. Agar tidaklah saya menjadi lupa daratan dan tergolong dalam golongan yang kufur akan nikmat anugerahNya. Insha Allah.
No comments:
Post a Comment