Hasan Basri ditanya : "Apa rahsia zuhudmu di dunia ini?"

Beliau menjawab :
"Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang. Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk beramal soleh. Aku tahu ALLAH Ta'ala selalu memerhatikanku, kerana itulah aku malu jika ALLAH melihatku sedang dalam maksiat. Dan aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan ALLAH"..

Friday, 12 December 2008

JUMAAT

Dalam sebuah hadis dijelaskan Rasulullah s.a.w. ada bersabda menyatakan
"Barang siapa membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat, maka memancarlah cahaya dari bawah tapak kakinya hingga ke puncak langit. Cahaya itu terus menyinarinya pada hari kiamat dan diampunkan antara dua Jumaat."

Menurut sebuah hadis lain. Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barang siapa membaca surah al-Kahf di malam Jumaat dan di siang Jumaat, Allah s.w.t. akan mengampuni dosa-dosanya hinggalah ke Jumaat berikutnya, dan memohon kesejahteraan baginya tujuh puluh ribu malaikat sehingga pagi, dan ia terpelihara daripada penyakit sopak, kusta dan fitnah dajal."
cdt:nuhamikhsan

TAUBAT

"Dan (Allah menerima pula taubat) tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat mereka) hingga apabila bumi yang luas ini (terasa) sempit kepada mereka (kerana mereka dipulaukan) dan hati mereka pula menjadi sempit (kerana menanggung dukacita), serta mereka yakin bahawa tidak ada tempat untuk mereka lari dari (kemurkaan) Allah melainkan (kembali bertaubat) kepadaNya; kemudian Allah (memberi taufik serta) menerima taubat mereka supaya mereka kekal bertaubat. Sesungguhnya Allah Dialah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani.
Wahai orang-orang yang beriman!
Bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar. "
[At-taubah; 118-119]