Hasan Basri ditanya : "Apa rahsia zuhudmu di dunia ini?"

Beliau menjawab :
"Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang. Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk beramal soleh. Aku tahu ALLAH Ta'ala selalu memerhatikanku, kerana itulah aku malu jika ALLAH melihatku sedang dalam maksiat. Dan aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan ALLAH"..

Saturday, 10 October 2015

Peringatan mesra : RESTORAN AWAL MAJU

Untuk anda yang sering makan-minum di luar, berhati-hatilah memilih restoran atau gerai makan. Pantaulah tahap kebersihannya.

Kelmarin, abang sepupu saya (dia pesan - "jangan tag aku!" 😜) pergi minum sambil lepak di Restoran AWAL MAJU Gombak Prima.

Sedang asyik minum-minum dengan abang-abang kawasan Kg Gombak, tiba-tiba beliau dikejutkan dengan satu renjatan di kaki. Alangkah terkejutnya beliau setelah mendapati seekor TIKUS datang meratah dan menggigit kakinya. Maka bergegaslah beliau menuju ke klinik berhampiran setelah melihat darah meleleh-leleh dikakinya.

Ini kesan gigitan tikus di kaki beliau. Dah masuk dua hari tapi katanya masih sakit lagi. Sudi-sudilah mendoakan kesembuhannya.


Tikus ni hidup di tempat-tempat kotor dan pembawa wabak. Kalau di ruang makan yg ramai pelanggan pun ia berani berkeliaran, bayangkan betapa ia bebas bergerak waktu restoran tidak beroperasi!


ISFRAM2015

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

Setelah sekian lama berkecimpung dalam bidang penulisan, untuk kesekian kalinya penulisan akademik saya mendapat pengiktirafan.

Alhamdulillah, tulisan ilmiah saya kali ini mendapat "The Best Paper Award" di 2nd International Symposium of Flood Research and Management (ISFRAM2015)

Award disampaikan oleh Tan Sri Dato' Sri Prof Ir Sahol Hamid selaku Naib Canselor UiTM pada malam Gala Dinner.

Btw, kalau bestfriend saya terbaca post ini, setinggi-tinggi ucapan Terima Kasih kepada Hana Farizah Zamri yang sepantas kilat proofread paper tersebut tempoh hari. Award ini untuk kamu sama!!
Certifiacte of Best Paper

Tan Sri Dato Sri Prof Sahol dan isteri Datin Sri Prof Hanizah

Thursday, 1 October 2015

ETERNAL LIFE THEREAFTER

وَمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا لَعِبٌ۬ وَلَهۡوٌ۬‌ۖ وَلَلدَّارُ ٱلۡأَخِرَةُ خَيۡرٌ۬ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ‌ۗ أَفَلَا تَعۡقِلُونَ 
Dan tiadalah kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? (Al-Anaam; 32)

وَمَا هَـٰذِهِ ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا لَهۡوٌ۬ وَلَعِبٌ۬‌ۚ وَإِنَّ ٱلدَّارَ ٱلۡأَخِرَةَ لَهِىَ ٱلۡحَيَوَانُ‌ۚ لَوۡ ڪَانُواْ يَعۡلَمُونَ
Dan ingatlah bahawa kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat) (Al-Ankabut; 64)

إِنَّمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَا لَعِبٌ۬ وَلَهۡوٌ۬‌ۚ وَإِن تُؤۡمِنُواْ وَتَتَّقُواْ يُؤۡتِكُمۡ أُجُورَكُمۡ وَلَا يَسۡـَٔلۡكُمۡ أَمۡوَٲلَكُمۡ
Ingatlah bahawa kehidupan dunia hanyalah ibarat permainan dan hiburan dan jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu dan Dia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (Muhammad; 36)

عۡلَمُوٓاْ أَنَّمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَا لَعِبٌ۬ وَلَهۡوٌ۬ وَزِينَةٌ۬ وَتَفَاخُرُۢ بَيۡنَكُمۡ وَتَكَاثُرٌ۬ فِى ٱلۡأَمۡوَٲلِ وَٱلۡأَوۡلَـٰدِ‌ۖ كَمَثَلِ غَيۡثٍ أَعۡجَبَ ٱلۡكُفَّارَ نَبَاتُهُ ۥ ثُمَّ يَہِيجُ فَتَرَٮٰهُ مُصۡفَرًّ۬ا ثُمَّ يَكُونُ حُطَـٰمً۬ا‌ۖ وَفِى ٱلۡأَخِرَةِ عَذَابٌ۬ شَدِيدٌ۬ وَمَغۡفِرَةٌ۬ مِّنَ ٱللَّهِ وَرِضۡوَٲنٌ۬‌ۚ وَمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا مَتَـٰعُ ٱلۡغُرُورِ
Ketahuilah bahawa kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar, selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; Akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat) dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya (Al-Hadid; 20)

TERIMALAH KAMI KEMBALI!



Ya Rabb,

Minggu ini, sudah dua-tiga malam saya dikejutkan dengan mimpi ketika berada di Tanah Suci. Berada di Makkah walupun hanya dalam mimpi sungguh mengujakan. Namun, bila tersedar dari lena, saya tidak dapat memastikan atau mengingat kembali keseluruhan mimpi, yg masih jelas adalah situasi solat berjemaah.

Ya Allah, sesungguhnya, keinginan mengerjakan haji bukanlah keinginan serta kepentenginan peribadi, sungguh diri ini rindu untuk menjejakkan kaki lagi di tanah-tanah HaramMu, namun atas dasar ketaatan pada agamaMu juga kecintaan kepada kedua orang tuaku itu adalah antara sebab utama. Terimalah kami wahai Allah.

Sungguhpun usiaku masih muda belia namun usia mereka yang kucintai tidaklah lagi muda. Mereka bila-bila saja akan Kau jemput kembali. Doaku agar Kau perkenankanlah permintaan kami untuk menjadi tetamuMu di Tanah suci selagi hayat dikandung badan.


Ya Rabb, sesungguhnya semua keperluan fizikal telah kulengkapi, kini kami memantapkan lagi rohani, membersihkan jiwa untuk menjadi tetamu Mu lagi. Bantulah Kami wahai Allah.