Hasan Basri ditanya : "Apa rahsia zuhudmu di dunia ini?"

Beliau menjawab :
"Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang. Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk beramal soleh. Aku tahu ALLAH Ta'ala selalu memerhatikanku, kerana itulah aku malu jika ALLAH melihatku sedang dalam maksiat. Dan aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan ALLAH"..

Monday, 14 September 2015

MERENCANA MASA DEPAN.

Perancangan saya nak ke Jepun, India dan United States dalam setahun-dua ini. Namun rasanya, saya terpaksa kuburkan hajat ini buat sementara waktu.


Kena muhasabah diri balik, mengapa saya masih tak dijemput menjadi tetamuNya. Duit cukup. Rezeki melimpah ruah Allah kasi, tapi rayuan haji yang berkali-kali dikemukakan tak juga disambut.

Kat manalah silapnya?..

Haihh.. Ye. Selain dosa yg kekal ada pada diri ditambah dosa hari-hari, rasanya kebebasan saya mengembara merupakan penyumbang utama dosa pada diri. Saya yakin!
Doakan saya, moga Allah tetapkan hati ini untuk berhenti mengembara sehingga sempurna rukun Islam ke-lima dan moga selepas itu saya lebih cakna hukum dan adab mengembara.


Apapun Alhamdulillah. Dia beri kesempatan untuk saya menjejakkan kaki ke 20 buah negara di beberapa benua dengan 4 keping pasport ini.
1. Singapore
2. Thailand
3. Turkey
4. Kingdom of Saudi Arabia
5. United Arabia Emirates
6. Netherland
7. United Kingdom
8. Germany
9. Austria
10. Belgium
11. Switzerland
12. Sepanyol
13. France
14. Italy
15. Vatican City
16. Pakistan
17. Mesir
18. Kingdom of Morocco
19. Australia
20. Cambodia

Cukup!
Insha Allah, tak mahu renew pasport lagi kecuali untuk ke Tanah Suci kembali dan atas urusan rasmi sahaja

Sunday, 6 September 2015

CUTI-CUTI ASIA

Tahun ini, Alhamdulillah saya berkesempatan lagi menjejakkan kaki ke tiga buah negara. 
1. Australia (Julai)
2. Vietnam (Julai/Ogos)
3. Thailand - revisit (Ogos)

Kali ini saya wrap dulu kisah kembara asia trmasuk Borneo. Trip Asia ini sebenarnya telah dirancang lama dahulu sejak 2012 bersama adik-adik angkat saya yg menetap di England. Namun tahun 2015 baru mereka berkesempatan menziarahi saya dan keluarga di Malaysia. Alhamdulillah kami berkumpul semula setelah lawatan terakhir saya ke kota London pada tahun lepas; Ogos 2014. Drop off semasa kembara saya ke Mesir danMaghribi.

Baiklah, berikut adalah laluan perjalanan kami.  Owh ye.. Saya beli Asean pass Air Asia yg membolehkan kami bergerak ke beberapa destinasi pada harga RM500 sahaja. Cuma kita dikenakan caj tambahan pada cukai lapangan terbang. Yg ni ada mahal dan ada yg murah bergantung pada airport.

24 July 2015 - Isnin
Penerbangan awal pagi ke Siem Reap, Cambodia.

Di Siem Reap tumpuan utama semua yg ke sana adalah Angkor Wat dan Angkor apa lagi satu.. Lupa!
Sehari di sana cukup menyesakkan. Tiada makanan halal dan serba serbi mahal. Saya berdoa agar cepat masa berlalu.


25 July - Selasa 
Siem Reap - Bangkok
Well, kota Bangkok mmg hidup 24/7 hingga nak tidur pun susah. Seronok juga shopping baju basahan. Murah. Makan.. bolehlah. Kami menginap di Tengah-tengah kota Bangkok. Aktiviti selalin shopping.. menyelusuri Chao Praya River yg glamour tu. Ke Grand Palace dan entah berapa banyak temple kami masuk tak terkira!

27 July - Khamis
Bangkok ke  Surat Thani menaiki Lion Air (separate tiket)

Dari Bangkok penerbangan mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk ke Surat Thani International Airport. Dari sini, kami menaiki bas yang memakan masa hampir 2 jam untuk ke Pelabuhan Donsak.

Setibanya di Donsak, kami menaiki feri Seatran untuk ke Pulau Samui. Pelayaran mengambil masa lebih 1jam 30minit. Setibanya di Nathon Peir di Koh Samui, kami menaiki van menuju ke hotel Chewang Noi Pool Villa yg terletak di Pantai Chewang dan ia mengambil masa lebih kurang 30 minit.

Chewang Noi Pool Villa

Private beach untuk Chewang Noi Pool Villa customer

Inilah perjalanan terpanjang yang saya terpaksa lalui semata-mata untuk ke sebuah pulau.

Mcam biasa je pemandangan pulau di sini, tidaklah menarik mana cuma ia tidak sesesak Krabi. Lebih class orang kata!

30 July - Ahad
Surat Thani - Bangkok - Penang
Di Penang kami berpecah. Sara dan Meriam prefer berkunjung ke tempat-tempat bersejarah manakala saya dan adik lebih kepada mentekedarah! Haha. Dan kami masuklah juga beberapa museum. Juga menjejak street art di sekitar penang. Antara makanan yg kami sempat cuba
1. Nasi Kandar Beratur (tak berapa sedap)
2. Nasi Kandar Line Clear ( ini lebih sedap)
3. Pasembor di Padang Kota Lama
4. Laksa Char Kueh Teow ( semua biasa-biasa)
Kami masuk
1. Timeline and Art Gallery Museum ( menarik, admission fee RM11)
2. 3D museum (membazir dgn bayaran RM15)

1 Ogos - Selasa
Penang ke Kota Kinabalu

Hampir seminggu di Kota Kinabalu memang bermacam-macamlj aktiviti air dan layan tekak. Hari pertama dihabiskan ke Kinabalu Park- Hotspring-Kundasang dan shopping Mall di KK yg bagqi cendawan tumbuh. Last visit saya dan famili ke KK adalah pada 2013, tak berapa byk pun Mall. KK memang berubah!

Keesokkannya kami ke Pulau Sapi, Manukan dan Mamutik. Kami sewa boat khas (chartered RM230 kot~ tak ingat).
Antara aktivitnya dan kos per person.
1. Seawalking (RM150)
2. Parasailing (RM 160)
3. Snorkeling ( RM 8- sewa jacket & mask)
4. Banana boating (RM30)
5. Scuba diving - ini sara dan meriam je buat, sebab saya sudah ada lisence scuba 😜
Cukuplah.. Hitam sudah kami semua. 
Seawalking - dari pontoon
 
Kami berempat
Makan makan malam, saya dan adik memilih makanan laut di Port Jesselton dan Pasar Filipines.

5 Ogos - Sabtu
Balik ke Kuala Lumpur