Sebulan saya menghabiskan cuti hujung tahun di kota besar London. Menziarahi keluarga angkat saya, warga British berketurunan Algeria
Cuti dihabiskan dengan meluangkan masa menziarah ahli keluarga lain.. tak banyak tempat pun yang saya lawati kali ini kerana kurang gemar keluar berjalan di musim sejuk.
Apapun, Alhamdulillah, Allah izinkan saya menjejakkan lagi kaki ke sana..
but I keep on writing here, secretly.. ermm.. not really a writing, but actually a breathing. A free rein to my emotions and feelings!!
Hasan Basri ditanya : "Apa rahsia zuhudmu di dunia ini?"
Beliau menjawab :
"Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang. Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk beramal soleh. Aku tahu ALLAH Ta'ala selalu memerhatikanku, kerana itulah aku malu jika ALLAH melihatku sedang dalam maksiat. Dan aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan ALLAH"..
Monday, 31 December 2012
Wednesday, 19 September 2012
ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH
Syukur sebenarnya adalah satu perasaaan yang sangat sukar untuk duduk pejam dihati kita. Kebiasaannya, Alhamdulillah terpacul dari bibir setelah memperolehi sesuatu yang menggembirakan, namun jangan terkejut jika masih ada yang berat bibrnya melafazkan kalimah ini.
Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat kepada kamu dan jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah pedih.
Tuesday, 24 July 2012
RAMADAN KAREEM
Kullu 'aam wa anti bikhayr.
Inilah ucapan yang meniti dibibir-bibir semasa saya menetap diluar negara. Ucapan yang mendoakan kebaikkan sepanjang tahun ini merupakan satu doa dan memberi pengertian yang amat besar kepada pendengarnya.
Alhamdulillah, bertemu lagi kita di Ramadan 1433H. Walaupun telah empat hari berlalu, namun pada jangkaan saya ia belumlah lagi terlewat bagi mengucapkan selamat dan salam Ramadan kepada pengunjung tulisan ini, selagi masih berada di bulan mulia ini, selagi itulah ucapan selamat perlu miniti dari bibir ke bibir.
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِڪُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.
Wednesday, 18 July 2012
PENIPU aka PENCURI
Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan katakanlah perkataan yang tepat (benar dalam segala perkara). Supaya Dia memberi taufik dengan menjayakan amal-amal kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu dan ingatlah sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya dia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.
[al-Ahzaab; 70-71]
Thursday, 5 July 2012
LEMBARAN BARU
"Angkatlah kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya 300 rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada syirik denganNya sesuatu kecuali tukang tilik, kekal dalam zina, kekal meminum arak dan derhaka terhadap ibu-bapa"
Hari ini 4 Julai bersamaan dengan 14 Sya'aban. Dan malam ini merupakan malam pertengahan bulan Sya'aban atau lebih mudah diingati dengan Nisfu Sya'aban. Merupakan salah satu hari kebesaran dalam Islam juga untuk umat Islam. Sepertinya bulan Rejab dengan malam Isra' Mikrajnya, Ramadan dengan Lailatul-Qadrnya, begitu jugalah kelebihan Sya'aban dengan malam Nisfu Sya'abannya.
Monday, 2 July 2012
BERATNYA AMANAH
إِنَّا عَرَضۡنَا ٱلۡأَمَانَةَ عَلَى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱلۡجِبَالِ فَأَبَيۡنَ أَن يَحۡمِلۡنَہَا وَأَشۡفَقۡنَ مِنۡہَا وَحَمَلَهَا ٱلۡإِنسَـٰنُۖ إِنَّهُ ۥ كَانَ ظَلُومً۬ا جَهُولاً۬Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah Kami kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. Ingatlah sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.[al-ahzab; 72]
Tuesday, 19 June 2012
SYUKUR APA YANG ADA, SABAR ATAS APA YANG TIADA
فَإِذَا مَسَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ ضُرٌّ۬ دَعَانَا ثُمَّ إِذَا خَوَّلۡنَـٰهُ نِعۡمَةً۬ مِّنَّا قَالَ إِنَّمَآ أُوتِيتُهُ ۥ عَلَىٰ عِلۡمِۭۚ بَلۡ هِىَ فِتۡنَةٌ۬ وَلَـٰكِنَّ أَكۡثَرَهُمۡ لَا يَعۡلَمُونَ
"Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, dia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah dia dengan sombongnya: Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku. Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah dia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakkan mereka tidak mengetahui hakikat itu."
[az-zumar; 49]
Sunday, 17 June 2012
BERLAPANG DADA
"Daripada Saiidina Umar ra. beliau berkata : Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah (ﷺ) pada suatu hari, tiba-tiba datang kepada kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak padanya kesan-kesan musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi (ﷺ) dan menemukan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan padaku tentang lslam. Lalu Rasulullah (ﷺ) bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, engkau mendirikan sembahyang, berzakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke Baitullah sekiranya berkuasa. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: lman itu ialah percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat serta percaya kepada Qadar (baik dan buruk). Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia berkata lagi: Terangkanlah kepadaku tentang Ihsan. Baginda bersabda: Ihsan itu bila engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang kiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang kiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: Apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan. Lelaki itu berlalu, aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai Umar! Tahukah engkau siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu".
[HR Muslim]
Saturday, 16 June 2012
JANGAN MARAH!
“Apabila marah seorang kamu yang sedang berdiri, hendaklah dia duduk supaya hilang kemarahannya. Jika masih belum juga hilang marahnya, maka berbaringlah”.
[HR Ahmad & Abu Daud]
“Sungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan diciptakan dari api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwudhuk”
[HR Ahmad & Abu Daud]
Tapi, bagaimanakah saya mampu melegakan rasa marah'nya'? Adakah dengan memperingatkannya dengan kedua-dua pesan Nabi (ﷺ) diatas tatkala beliau sedang menyinga?? Saya sendiri terkedu dan terpana melihat beliau berubah menjadi sebegitu ‘Singa’. Tambah lagi ramai yang mengingatkan beliau bukan lah dari jenis yang menerima nasihat atau teguran. Serta merta saya teringat perbalahan antara sahabat Euthopia bernama Yasmin yang pernah bertelagah dengan seorang gadis dari Libya. Pesannya, "Hana.. remember, when someone yelling at you, control your anger thus say;
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
"Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam"
[HR Bukhari dan Muslim]
Wednesday, 4 April 2012
SUDIKAH KAMU UNTUK MENIKAHI SAYA??
Targetnya sedari awal adalah menamatkan zaman bujang pada
usia 24 tahun. Namun apabila menginjak ke usia 25 tahun dan masih belum
berkahwin, beliau merasa amat lewat dan agak ‘terlajak’. Kegusaran pada
waktu itu menggerakkan hatinya untuk bertemu seseorang yang dipercayai
dan diyakini berupaya bagi mencarikan dan menemukannya dengan seorang
gadis yang dirasakan secocok dan sesuai dengan dirinya.
Dari Bali beliau terbang ke Yogjakarta setelah dimaklumkan bahawa seorang perempuan yang dirasakan sesuai, sedia untuk bertemunya. Lalu, terjadilah pertemuan pertama mereka.
Saya tertanya-tanya… begitu mudah?? Hanya dengan pertemuan yang sekali itu kedua-dua insan ini dengan senang benar melafazkan janji untuk menjadi sepasang suami isteri. Tanpa perkenalan selanjutnya, si teruna dengan yakin berjanji akan melamarnya ‘esok’ dirumah keluarga perempuan. Dengan persetujuan, pertemuan KEDUA mereka berlaku di kediaman perempuan.
Dan hari pernikahan mereka, itulah pertemuan KETIGA. Dari riak wajah ikhlas Pak A’an, katanya masa hari pernikahan dengan isteri, memang tidak ada rasa apa.. suka, sayang dan rasa yang sepatutnya ada antara pasangan bercinta itu sememangnya tiada. Wah.. saya sungguh kagum dengan kisahnya. Apa yang meyakinkan Pak A’an ialah, pernikahan itu adalah ibadah. Sama seperti Solat.. semuanya dilakukan untuk Allah. Namun jika ditinggalkan pernikahan itu, tidaklah berdosa sebagaimana tinggalnya solat. Pak A’an bernikah atas perintah Allah.
Ringkas jawapan Pak A’an. Hakikatnya saya pernah bertemu isterinya dan ternyata zahirnya teradun sempurna, begitu juga baik tutur katanya. Berbalik pada tujuan pernikahan yang membawa kepada visi dan misi setelah bernikah. Setiap pasangan perlu ada misi dan visi yang sama untuk serasi danselesa bersama!.
Dalam konteks manusia normal, satu kewajaran lelaki suka dan cenderung kepada perempuan. Fitrahnya Allah telah tetapkan lelaki dan perempuan itu berpasangan seperti dalam firmannya;
Dan seperti sabda Nabi..
Namun, bila sudah cukup umur bernikah tetapi merasakan dirinya tidak mampu, yakinlah Allah berkuasa menjadikan kita mampu. Perkahwinan adalah satu perintah Allah, dengan firmanNya
Tetapi bagi belum berkesempatan dan tidak mampu mengendalikan ghairahnya, maka berpuasalah dia seperti sabda Rasulullah;
Dewasa ini, pelbagai cerita kita dengar. Satu masa dulu negara digemburkan dengan kisah lelaki bujang dibelasah kerana sukakan perempuan yang sudah bernikah (isteri orang). Ini memang salah dan bermasalah. Ada juga kes lelaki yang sudah bernikah suka pada perempuan yang juga telah bernikah. Ini lagi masalah besar. Berbalik pada kecenderungan lelaki terhadap perempuan, ia adalah satu kewajaran lelaki bujang suka pada perempuan bujang. Dan perempuan bujang suka kepada suami orang itu juga – BOLEH. (tapi minta disimpangkan dari berlaku ke atas saya dan sahabat-sahabat baik saya).
Lumrahnya, lelaki menyukai wanita seperti yang termaktub dalam al-Quran,
Dan biasa kita dengar bahawa kecenderungan lelaki menyukai perempuan untuk bernikah itu ada empat [4] iaitu kecantikannya, hartanya, keturunannya dan agamanya.
Rasullullah telah dahulu mengingatkan umatnya;
Hadis ini menerangkan bahawa asas perkahwinan mestilah didasarkan kepada ketaqwaan iaitu dengan memilih perempuan yang beragama. Kita disarankan agar menjadikan perkahwinan itu sebagai asas mendekatkan diri kepada Allah Ta'ala. Perkahwinan yang dibina bukanlah atas dasar cintakan pasangan sahaja tetapi adalah atas perintah dan cinta kepada Pencipta. Setiap perkahwinan itu mestilah berdasarkan cinta kasih pasangan kerana Allah. Jika setiap pasangan berkahwin atas cinta kerana Allah, nescaya mereka akan beroleh rahmat dari perkahwinan tersebut sebagaimana Firman Allah:
Namun ada juga individu yang menyekat keinginan bernikah bila mana yang dihajat tak sampai ataupun telah merasa kecewa dengan pengalaman lalu. Mereka nekad dengan tidak mahu berkahwin walaupun mereka mampu. Namun perlu diingat akan peringatan dari Rasulullah;
Mereka yang pernah gagal dalam percintaan janganlah terus menutup pintu hati dan peluang yang datang. Sedarlah semua itu bukan jodoh kita. Allah telah berfirman dalam kitabNya;
Bukankah Allah itu adil. Lelaki carilah perempuan dan perempuan tidak salah mencari lelaki asal betul laluannya. Tentunya jodoh itu tidak datang bergolek. Melayang pun tidak juga. Elakkanlah diri dari dibenci Rasulullah.
Berkongsi pengalaman Pak A'an, berikut adalah beberapa perkara penting yang perlu ada pada setiap individu yang ingin melangkah kealam perkahwinan. Sebelum melaksanakan pernikahan, antaranya perlu ada dan mengetahui:
1. Kefahaman
Perlu difahami bahawa pernikahan itu adalah dari Allah dan satu ibadah, bukan sekadar percampuran dua hati dan dua keluarga, malah lebih dari itu. Bukan sekadar mencintai pasangan yg dinikah tetapi mencintainya kerana Allah
2. Hukum
Nikah secara hukumnya adalah perintah. Ia adalah sunnah. Jika tidak bernikah bukanlah satu dosa, namun jika dilaksanakan beroleh ganjaran pahala. Sunat berkahwin pada orang yang ada keinginan kepada wanita, dan dia pula mempunyai kemampuan sebagai suami dari segi menampung perbelanjaan keluarga dan memimpin keluarganya. Jika dia tidak berkemampuan haruslah ditangguhkan dahulu, ini lebih baik daripada terus berkahwin. Jika nafsu ghairahnya mendesak, lemahkanlah ia dengan berpuasa.
3. Pengorbanan
Kedua-dua pihak sedia untuk berkorban. Perngorbanan melibatkan bukan saja materials tetapi lebih kepada perasaan. Perlunya berkorban dari segi perasaan bilaman lelaki dan perempuan itu hakikatnya mempunya 2 karakter yang jauh berbeza. Suami atau isteri perlu bijak meletakkan sesuatu pada tempatnya; first thing first!
4. Zuriat
Tujuan perkahwinan itu bukanlah sekadar tuntuan seks semata, walaupun itu keinginan setiap pasangan yang bernikah. Namun apa yang lebih penting ialah perkahwinan akan menjadi sebab untuk mendapat zuriat. Zuriat yang lahir dari suami isteri yang beriman dibesarkan dengan ajaran Islam. Diasuh supaya menjadi hamba Allah yang cintakan Tuhan dan Islam. Meramaikan umat Islam itu bukan sekadar angka tetapi bermatlamat untuk membangun dan memperjuangkan Islam di bumi ini.
Setelah memahami konsep sebenar dalam membina perkahwinan, kita perlu TEKAD. Tekadlah nikah hanya kerana Allah. Kriteria yang ditetapkan hanya memenjarakan diri kita. Segala kelemahan yang ada didalam diri seseorang yang mendambakan kita akan tertutup bila kita faham konsep dan tujuan sebenar pernikahan itu. Dua insan boleh dipertemukan atas satu persamaan tapi perbezaan yang wujud itu kalau dipandang untuk saling melengkapkan tentunya akan nada keserasian.. Perbezaan yang ada jangan diperbesarkan, seperti kata ulama:
Akhir kalam.. [peringatan untuk diri saya sendiri] jika datang kepada kita seseorang yang baik agamanya juga akhlak serta keturunanya.. terimalah dia seadanya. Jangan terlalu mencari kesempurnaan. Jika telah bertemu dengan seseorang yang boleh membawa kebaikkan kepada kita, boleh menerima kita seikhlasnya, mampu mengasihi dan sanggup melindungi kita.. mengapa berlengah lagi?! Jangan cuba memperbandingkannya dengan yang lain. Jangan terlalu mengejar yang lebih sempurna, akhirnya kita juga yang akan menyesal bila dia telah berpaling pergi meninggalkan kita.. Yakinlah dengan janji Allah seperti dalam firmanNya:
Dari Bali beliau terbang ke Yogjakarta setelah dimaklumkan bahawa seorang perempuan yang dirasakan sesuai, sedia untuk bertemunya. Lalu, terjadilah pertemuan pertama mereka.
Pak A’an : Setujukah kamu untuk bernikah dengan saya? kalau betul setuju, saya lamar.
Gadis : Setuju
Pak A’an : Kalau begitu, Bismillahirrahmanirrahim.. saya lamar kamu menjadi isteri saya, dan esok saya lamar ke rumah orang tuamu.
Saya tertanya-tanya… begitu mudah?? Hanya dengan pertemuan yang sekali itu kedua-dua insan ini dengan senang benar melafazkan janji untuk menjadi sepasang suami isteri. Tanpa perkenalan selanjutnya, si teruna dengan yakin berjanji akan melamarnya ‘esok’ dirumah keluarga perempuan. Dengan persetujuan, pertemuan KEDUA mereka berlaku di kediaman perempuan.
Kata Pak A’an lagi : “Tak ada rasa sayang pun, suka atau apa-apa rasa. Yang ada hanya rasa nak bernikah”.
Dan hari pernikahan mereka, itulah pertemuan KETIGA. Dari riak wajah ikhlas Pak A’an, katanya masa hari pernikahan dengan isteri, memang tidak ada rasa apa.. suka, sayang dan rasa yang sepatutnya ada antara pasangan bercinta itu sememangnya tiada. Wah.. saya sungguh kagum dengan kisahnya. Apa yang meyakinkan Pak A’an ialah, pernikahan itu adalah ibadah. Sama seperti Solat.. semuanya dilakukan untuk Allah. Namun jika ditinggalkan pernikahan itu, tidaklah berdosa sebagaimana tinggalnya solat. Pak A’an bernikah atas perintah Allah.
Saya bertanya lagi : Bagaimana Pak A’an begitu yakin bahawa yang dipilih itu adalah calon isteri yang paling baik?
Tenang beliau menjawab: Sedangkan yang berpacar 5 tahun pun belum tentu lagi nikahnya.. sedang yang bernikah lama pun akhirnya bercerai-berai. Yakin saja. Nikah itu ibadah, serah semuanya pada Allah. Isteri saya tidak cantik. Tapi saya yakin yang saya nak bernikah dengannya, kalau isteri cantik pun hati tak tenang, bila ke Mall menjadi tatapan orang. Isteri kita untuk kita bukan untuk orang lain menikmatinya. Tambahan waktu itu bapanya sudah tiada, beliau anak sulung dari 4 beradik dan ibunya tidak bekerja.. mendengarkan itu terus saya niatkan dalam hati moga saya dapat membantu dan ini menjadi kebajikan untuk diri saya..
Tapi, bukankah Pak A’an tidak mengenalinya??
Apa perlu buat malam pertama?? [sambil senyum-senyum]. Malam pertama itu, rumahnya (si isteri) kan ramai dengan saudara-mara. Haa…. pada malam pertama inilah berlakunya ta’aruf antara suami dan isteri yang baru bernikah. Malam inilah malam ta’aruf dan tafahhum. Inilah tugasan malam pertama. Pada malam inilah perlu ditetapkan visi dan misi tujuan pernikahan yang berlangsung itu. Malam inilah saya berkenalan dengannya. Saya berpacaran dengannya setelah bernikah. Tambah Pak A’an lagi, kalau kucing dapat daging dibawanya lari, tapi saya tak perlu nak lari dan curi-curi.. sebab dia isteri saya!.
Ringkas jawapan Pak A’an. Hakikatnya saya pernah bertemu isterinya dan ternyata zahirnya teradun sempurna, begitu juga baik tutur katanya. Berbalik pada tujuan pernikahan yang membawa kepada visi dan misi setelah bernikah. Setiap pasangan perlu ada misi dan visi yang sama untuk serasi danselesa bersama!.
Dalam konteks manusia normal, satu kewajaran lelaki suka dan cenderung kepada perempuan. Fitrahnya Allah telah tetapkan lelaki dan perempuan itu berpasangan seperti dalam firmannya;
وَأَنَّهُ ۥ خَلَقَ ٱلزَّوۡجَيۡنِ ٱلذَّكَرَ وَٱلۡأُنثَىٰ
Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menciptakan pasangan lelaki dan perempuan.
[an-najm; 45]
Dan seperti sabda Nabi..
“Wahai para pemuda, siapa diantara kalian yang telah mampu, maka hendaklah ia menikah!"
[HR Imam al-Bukhari dan Muslim]
dalam hadis lain:
"Menikahlah kalian dengan wanita-wanita!”
[HR Imam Abu Dawud dan al-Hakim]
Namun, bila sudah cukup umur bernikah tetapi merasakan dirinya tidak mampu, yakinlah Allah berkuasa menjadikan kita mampu. Perkahwinan adalah satu perintah Allah, dengan firmanNya
وَأَنكِحُواْ ٱلۡأَيَـٰمَىٰ مِنكُمۡ وَٱلصَّـٰلِحِينَ مِنۡ عِبَادِكُمۡ وَإِمَآٮِٕڪُمۡۚ إِن يَكُونُواْ فُقَرَآءَ يُغۡنِهِمُ ٱللَّهُ مِن فَضۡلِهِۦۗ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ۬
Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.
[an-nur;32]
Tetapi bagi belum berkesempatan dan tidak mampu mengendalikan ghairahnya, maka berpuasalah dia seperti sabda Rasulullah;
“Wahai para pemuda, siapa saja di antara kalian yang telah mampu memikul beban, hendaklah ia segera bernikah, kerana hal itu dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan. Sebaliknya siapa sahaja yang belum mampu, hendaklah ia berpuasa, kerana hal itu dapat menjadi perisai.”
Dewasa ini, pelbagai cerita kita dengar. Satu masa dulu negara digemburkan dengan kisah lelaki bujang dibelasah kerana sukakan perempuan yang sudah bernikah (isteri orang). Ini memang salah dan bermasalah. Ada juga kes lelaki yang sudah bernikah suka pada perempuan yang juga telah bernikah. Ini lagi masalah besar. Berbalik pada kecenderungan lelaki terhadap perempuan, ia adalah satu kewajaran lelaki bujang suka pada perempuan bujang. Dan perempuan bujang suka kepada suami orang itu juga – BOLEH. (tapi minta disimpangkan dari berlaku ke atas saya dan sahabat-sahabat baik saya).
Lumrahnya, lelaki menyukai wanita seperti yang termaktub dalam al-Quran,
زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ ٱلشَّهَوَٲتِ مِنَ ٱلنِّسَآءِ وَٱلۡبَنِينَ وَٱلۡقَنَـٰطِيرِ ٱلۡمُقَنطَرَةِ مِنَ ٱلذَّهَبِ وَٱلۡفِضَّةِ وَٱلۡخَيۡلِ ٱلۡمُسَوَّمَةِ وَٱلۡأَنۡعَـٰمِ وَٱلۡحَرۡثِۗ ذَٲلِكَ مَتَـٰعُ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَاۖ وَٱللَّهُ عِندَهُ ۥ حُسۡنُ ٱلۡمَـَٔابِ
Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik-baiknya (iaitu shurga).
[ali-imran; 14]
Dan biasa kita dengar bahawa kecenderungan lelaki menyukai perempuan untuk bernikah itu ada empat [4] iaitu kecantikannya, hartanya, keturunannya dan agamanya.
Rasullullah telah dahulu mengingatkan umatnya;
"Wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya; kerana keturunannya; kerana kecantikannya; kerana agamanya. Pilihlah olehmu wanita yang beragama nescaya kamu berbahagia”. [HR Bukhari dan Muslim]
Hadis ini menerangkan bahawa asas perkahwinan mestilah didasarkan kepada ketaqwaan iaitu dengan memilih perempuan yang beragama. Kita disarankan agar menjadikan perkahwinan itu sebagai asas mendekatkan diri kepada Allah Ta'ala. Perkahwinan yang dibina bukanlah atas dasar cintakan pasangan sahaja tetapi adalah atas perintah dan cinta kepada Pencipta. Setiap perkahwinan itu mestilah berdasarkan cinta kasih pasangan kerana Allah. Jika setiap pasangan berkahwin atas cinta kerana Allah, nescaya mereka akan beroleh rahmat dari perkahwinan tersebut sebagaimana Firman Allah:
وَمِنۡ ءَايَـٰتِهِۦۤ أَنۡ خَلَقَ لَكُم مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ أَزۡوَٲجً۬ا لِّتَسۡكُنُوٓاْ إِلَيۡهَا وَجَعَلَ بَيۡنَڪُم مَّوَدَّةً۬ وَرَحۡمَةًۚ إِنَّ فِى ذَٲلِكَ لَأَيَـٰتٍ۬ لِّقَوۡمٍ۬ يَتَفَكَّرُونَ
Di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untuk kalian isteri-isteri dari jenis kalian sendiri supaya kalian cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikanNya di antara kalian rasa kasih dan sayang.
[ ar-rum;21]
Namun ada juga individu yang menyekat keinginan bernikah bila mana yang dihajat tak sampai ataupun telah merasa kecewa dengan pengalaman lalu. Mereka nekad dengan tidak mahu berkahwin walaupun mereka mampu. Namun perlu diingat akan peringatan dari Rasulullah;
اَلنِّكَاحُ سُنَّتِي فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيسَ مِنِّي
“Nikah adalah sunnahku, maka sesiapa yang membenci sunnahku maka dia bukanlah dalam golongan umatku.”
Mereka yang pernah gagal dalam percintaan janganlah terus menutup pintu hati dan peluang yang datang. Sedarlah semua itu bukan jodoh kita. Allah telah berfirman dalam kitabNya;
وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ شَرٌّ۬ لَّكُمۡۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ
Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
[al-baqarah;216]
Bukankah Allah itu adil. Lelaki carilah perempuan dan perempuan tidak salah mencari lelaki asal betul laluannya. Tentunya jodoh itu tidak datang bergolek. Melayang pun tidak juga. Elakkanlah diri dari dibenci Rasulullah.
Berkongsi pengalaman Pak A'an, berikut adalah beberapa perkara penting yang perlu ada pada setiap individu yang ingin melangkah kealam perkahwinan. Sebelum melaksanakan pernikahan, antaranya perlu ada dan mengetahui:
1. Kefahaman
Perlu difahami bahawa pernikahan itu adalah dari Allah dan satu ibadah, bukan sekadar percampuran dua hati dan dua keluarga, malah lebih dari itu. Bukan sekadar mencintai pasangan yg dinikah tetapi mencintainya kerana Allah
2. Hukum
Nikah secara hukumnya adalah perintah. Ia adalah sunnah. Jika tidak bernikah bukanlah satu dosa, namun jika dilaksanakan beroleh ganjaran pahala. Sunat berkahwin pada orang yang ada keinginan kepada wanita, dan dia pula mempunyai kemampuan sebagai suami dari segi menampung perbelanjaan keluarga dan memimpin keluarganya. Jika dia tidak berkemampuan haruslah ditangguhkan dahulu, ini lebih baik daripada terus berkahwin. Jika nafsu ghairahnya mendesak, lemahkanlah ia dengan berpuasa.
3. Pengorbanan
Kedua-dua pihak sedia untuk berkorban. Perngorbanan melibatkan bukan saja materials tetapi lebih kepada perasaan. Perlunya berkorban dari segi perasaan bilaman lelaki dan perempuan itu hakikatnya mempunya 2 karakter yang jauh berbeza. Suami atau isteri perlu bijak meletakkan sesuatu pada tempatnya; first thing first!
4. Zuriat
Tujuan perkahwinan itu bukanlah sekadar tuntuan seks semata, walaupun itu keinginan setiap pasangan yang bernikah. Namun apa yang lebih penting ialah perkahwinan akan menjadi sebab untuk mendapat zuriat. Zuriat yang lahir dari suami isteri yang beriman dibesarkan dengan ajaran Islam. Diasuh supaya menjadi hamba Allah yang cintakan Tuhan dan Islam. Meramaikan umat Islam itu bukan sekadar angka tetapi bermatlamat untuk membangun dan memperjuangkan Islam di bumi ini.
Setelah memahami konsep sebenar dalam membina perkahwinan, kita perlu TEKAD. Tekadlah nikah hanya kerana Allah. Kriteria yang ditetapkan hanya memenjarakan diri kita. Segala kelemahan yang ada didalam diri seseorang yang mendambakan kita akan tertutup bila kita faham konsep dan tujuan sebenar pernikahan itu. Dua insan boleh dipertemukan atas satu persamaan tapi perbezaan yang wujud itu kalau dipandang untuk saling melengkapkan tentunya akan nada keserasian.. Perbezaan yang ada jangan diperbesarkan, seperti kata ulama:
“Carilah 70 alasan untuk memaafkan sikap saudaramu. Jika hatimu masih tetap enggan menerimanya juga, maka kekerasan hatimu itu yang lebih patut disalahkan..”
Akhir kalam.. [peringatan untuk diri saya sendiri] jika datang kepada kita seseorang yang baik agamanya juga akhlak serta keturunanya.. terimalah dia seadanya. Jangan terlalu mencari kesempurnaan. Jika telah bertemu dengan seseorang yang boleh membawa kebaikkan kepada kita, boleh menerima kita seikhlasnya, mampu mengasihi dan sanggup melindungi kita.. mengapa berlengah lagi?! Jangan cuba memperbandingkannya dengan yang lain. Jangan terlalu mengejar yang lebih sempurna, akhirnya kita juga yang akan menyesal bila dia telah berpaling pergi meninggalkan kita.. Yakinlah dengan janji Allah seperti dalam firmanNya:
فَٱذۡكُرُونِىٓ أَذۡكُرۡكُمۡ وَٱشۡڪُرُواْ لِى وَلَا تَكۡفُرُونِ
Oleh itu, ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat pula kepadamu dan bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu kufur akan nikmatKu.
[al-baqarah; 152]
Friday, 24 February 2012
ISTIKHARAH CINTA
Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku iniMenerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh doa
Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sejadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman
Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu satu nama teman setia
Naluriku berkata
Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
di ISTIKHARAH CINTA…
Saturday, 4 February 2012
HIDUP SATU PENDAKIAN
Kenapa mendaki?!
"Kerana ada gunung".
Ini jawapan ringkas saya kepada mereka yang tidak pernah mendaki dan tidak pernah cuba untuk memahami, naluri seorang pendaki yang cintakan alam semulajadi.
Tak pernahkah anda terfikir bahawa melihat sesuatu ciptaan Allah itu; iaitu ciptaan yang langsung daripada Allah tanpa campur tangan manusia mampu memberikan kedamaian dan ketenangan? Hati menjadi tenang bila melihat ciptaan yang Maha Kuasa sambil memikirkan tujuan disebalik setiap kejadian.
Ya, antara ciptaan Allah yang paling mudah dilihat dimana-mana adalah manusia. Tapi ada masa, pandangan ini tak mampu memberikan ketenangan malah kadangkala hanya mendatangkan dosa. Jadi pada saya, ada baiknya beralih kepada kejadian lain; hutan, haiwan, bukit-bukau, sungai, laut dan lain-lain termasuklah gunung-ganang, langit dan awan-gemawan.
Subscribe to:
Posts (Atom)