Alhamdulillah,
cuti panjang Aidilfitri kali ini saya memanfaatkan ke Australia. Kali ini adik
turut serta. Tiket yang saya beli disaat-saat akhir memang mahal. Lebih kurang
RM2500 untuk penerbangan duahala bgi dua orang.
Kembara
kali ini saya lengkapkan dengan menziarah sahabat lama, teman sekelas semasa di
tingkatan 4 dan 5 di SMK Raja Ali. Sahabat baik saya ini berketurunan Cina,
Cuma saya tidak pasti ugama yang dianutinya. Apapun, beliau sekeluarga sangat
baik hingga saya jatuh hati pada anak-anaknya yang comel.
![]() |
Cheryl's family |
Pada petang
hari raya Aidilfitri kami mengorak langkah, menuju KLIA2 bagi penerbangan terus
ke Perth Australia. SAmpai di Perth International Airport, kami dijemput oleh
Cheryll.
18 July
2015 - Sabtu
Hari
pertama saya di bawa Cheryl ke Caversham Wildlife Park. Disinilah kami
berpeluang memegang Wombat, Kanggaroo, Koala dan macam-macam lagi, bayaran
masuk AUD26.
19 July
– Ahad
Shopping.
Jalan-jalan sekitar Fremantle. Ke Port Coogee, pada hari ini juga
kami ke Swan Valley. Di sini sempat juga shopping coffee beans, chocolate
dan madu!
20 July
– Isnin
Ke Harbour
Town, Australia National Park, pusing-pusing Bandar Perth. Menikmati
keindahan Matilda Bay dan Swan River. Di sekitar Swan River
inilah pengambaran filem Adam dan Hawa dibuat, begitu juga dengan cerita
Sebenarnya Aku Isteri Dia. Banyak penggambaran drama melayu sebenarnya dirakam
di Australia. Sebabnya saya kurang pasti, nak kata bajet murah, tidak juga.
Baran makan sangatlah mahal di sini.
21 July
– Selasa
Kami
melawat museum. Perth Art Museum dan Maritime Museum. Makan-makan di Kaili’s
Fish and chip di Fremantle Waterfront.
22 July
– Rabu
Kami
meluangkan masa meninjau-ninjau Perth Zoo. Admission fee adalah AUD29.
Kami meluangkan masa meneroka sekitar Perth menaiki CAT (bus free) dan tren
dari Bandar ke Monash.
23 July
– Khamis
Ke Pantai dan
melawat kawasan kediaman orang kaya-kayap! Rumah mereka, masya Allah… yang
hidup seolah-olah takmahu mati!
24 July
– Jumaat
Hari
berehat-rehat. Mengemas luggage dan meluangkan masa dengan anak-anak Cheryll.
Owh yee.. pada hari terakhir ini selalu berlangsungnya shopping di saat-saat
akhir. Dan kami berkesempatan ke Westfield di Perth. Namun keadaannya
tidaklah segah Wesfield di London yang menempatkan baarang-barang dari jenama
terkemuka. Westfield Perth macam Parkson di Malaysia lebih kurang
25 July
– Sabtu
Penerbangan
pulang awal pagi ke Kuala Lumpur