Hasan Basri ditanya : "Apa rahsia zuhudmu di dunia ini?"

Beliau menjawab :
"Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang. Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk beramal soleh. Aku tahu ALLAH Ta'ala selalu memerhatikanku, kerana itulah aku malu jika ALLAH melihatku sedang dalam maksiat. Dan aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan ALLAH"..

Tuesday, 24 July 2012

RAMADAN KAREEM

Kullu 'aam wa anti bikhayr.

Inilah ucapan yang meniti dibibir-bibir semasa saya menetap diluar negara. Ucapan yang mendoakan kebaikkan sepanjang tahun ini merupakan satu doa dan memberi pengertian yang amat besar kepada pendengarnya.

Alhamdulillah, bertemu lagi kita di Ramadan 1433H. Walaupun telah empat  hari berlalu, namun pada jangkaan saya ia belumlah lagi terlewat bagi mengucapkan selamat dan salam Ramadan kepada pengunjung tulisan ini, selagi masih berada di bulan mulia ini, selagi itulah ucapan selamat perlu miniti dari bibir ke bibir. 

 يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِڪُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ 
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.

Wednesday, 18 July 2012

PENIPU aka PENCURI

Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan katakanlah perkataan yang tepat (benar dalam segala perkara). Supaya Dia memberi taufik dengan menjayakan amal-amal kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu dan ingatlah sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya dia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.  
[al-Ahzaab; 70-71]

Thursday, 5 July 2012

LEMBARAN BARU

"Angkatlah kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya 300 rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada syirik denganNya sesuatu kecuali tukang tilik, kekal dalam zina, kekal meminum arak dan derhaka terhadap ibu-bapa"
Hari ini 4 Julai bersamaan dengan 14 Sya'aban. Dan malam ini merupakan malam pertengahan bulan Sya'aban atau lebih mudah diingati dengan Nisfu Sya'aban. Merupakan salah satu hari kebesaran dalam Islam juga untuk umat Islam. Sepertinya bulan Rejab dengan malam Isra' Mikrajnya, Ramadan dengan Lailatul-Qadrnya, begitu jugalah kelebihan Sya'aban dengan malam Nisfu Sya'abannya.


Monday, 2 July 2012

BERATNYA AMANAH




 إِنَّا عَرَضۡنَا ٱلۡأَمَانَةَ عَلَى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱلۡجِبَالِ فَأَبَيۡنَ أَن يَحۡمِلۡنَہَا وَأَشۡفَقۡنَ مِنۡہَا وَحَمَلَهَا ٱلۡإِنسَـٰنُۖ إِنَّهُ ۥ كَانَ ظَلُومً۬ا جَهُولاً۬ 
 Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah Kami kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. Ingatlah sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan. 
[al-ahzab; 72]