Hasan Basri ditanya : "Apa rahsia zuhudmu di dunia ini?"

Beliau menjawab :
"Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang. Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk beramal soleh. Aku tahu ALLAH Ta'ala selalu memerhatikanku, kerana itulah aku malu jika ALLAH melihatku sedang dalam maksiat. Dan aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan ALLAH"..

Wednesday, 27 March 2013

INTERNATIONAL MISSION

Alhamdulillah,

Ini misi antarabangsa saya yang pertama. Melakukan kerja-kerja inspection sebelum penyerahan bangunan kepada pihak berwajib.

Pusat Kesihatan Luar Bandar di Layyah , Pakistan bermula dari 21 March hingga 27 March 2013. Team terdiri dari 5 orang, mewakili 4 bidan gutama, saya sendiri sebagai perunding Kejuruteraan Struktur dan Awam, dan selebihnya seorang Arkitek, Quantity Surveyor juga M&E engineer.

Kami ke Pakistan menggunakan servis Thai Airways. Jadi, terpaksa transit seketika di Suvarnabhumi International Airport, Bangkok. Penerbangan ke Islamabad, Pakistan memakan masa lebihkurang 7-8 jam juga.. kami tiba dia Benazir Butho International Airport sekitar jam 9.00 malam waktu tempatan. Kemudian terus menikmati makan malam. Cuaca ketika itu agak sejuk..

Keesokkannya, perjalanan  diteruskan ke Kot Layyah. Ia memakan masa 8 jam menaiki 4WD dari bandar Islamabad. Melalui kawasan pergunungan, ibarat di Genting Kyber. Ada yang amat dhaif tak kutang juga yg mewah melampau. Rumahnya saling tak ubah sepeerti yang ditayangkan dalam filem-filem Bollywood.

Sampai di Kot Layyah. Semua mengambil tugas masing-masing. Malamnya kami bertolak ke Faisalabad. Untuk makluman, sepanjang perjalanan kami di escort oleh kereta polis Pakistan. Bimbang serang hendap katanya.

Next day, meluangkan masa di ladang citrus. Kemudian shopping sikit-sikit. minum susu kerbau dll. tak berapa ingat dah...tapi ia sesuatu yang sangat menarik, menjalankan misi di Pakistan. Nantilah, klu boleh recap. saya sambung cerita.