Hasan Basri ditanya : "Apa rahsia zuhudmu di dunia ini?"

Beliau menjawab :
"Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang. Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk beramal soleh. Aku tahu ALLAH Ta'ala selalu memerhatikanku, kerana itulah aku malu jika ALLAH melihatku sedang dalam maksiat. Dan aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan ALLAH"..

Hana Zozolina

To those who have met me before, purposely or unintended..
"Do forget unkind words I have spoken, and remember some good I have done. Do forget that I ever had heartache and always remember that I've had loads of fun."
Hana Zozolina dilahirkan di kota metropolitan dalam sebuah keluarga yang kecil dan sederhana mewahnya. Sangat menghormati keluarga dan setiap individu yang telah banyak dan sanggup berkorban demi memenuhi segala keperluan dan keinginannya. Namun, keinginan yang diutarakan tetap berpada.

Bersyukur ke hadrat Allah yang meminjamkan segala kelengkapan disekitarnya, Hana membina cita-cita selari dengan angan-angan ibu dan bapanya. Memiliki pendidikan dunia yang sempurna dan dilengkapkan dengan bekalan akhirat, agar beliau terselamat disana adalah azam mereka.

Hana yang peramah jika mula disapa, merupakan seorang yang tegas. Hitam itu tetap hitam, walau ia boleh dipadam, tetap ada kekusaman. Sifat penyayang pada warga tua dan anak kecil menjadikan Hana kadang-kala berubah menjadi manja. Namun, mengada-ada bukanlaah tabiatnya. 

Hana bukanlah seorang yang pemarah dan sikap tak ambil pedulinya bukanlah bermaksud Hana seorang yang pentingkan diri, tetapi lebih kepada menghormati privasi individu. Hana juga seorang yang murah dalam memberi pinjam telinganya kepada sesiapa sahaja. Rela menadah kepada sesiapa sahaja yang ingin meluah rasa.

Kehidupan Hana tidak pernah membosankannya apakala Hana sering dan bergiat cergas dalam kerja-kerja amal dengan badan bukan kerajaan. Kelembutan Hana juga terkadang diragui dek hobinya yang lasak. Hana yang bersusuk kecil minat mengembara, mendaki dan menakluk puncak gunung serta menyelam ke dasar lautan. Semuanya dilakukan bila rasa stress menakluk jiwanya. Dari sisi lain, Hana menghabiskan masanya dengan netbook. Bukan hanya sekadar melayari laman sesawang untuk mencari dan menambah ilmu didada, tetapi Hana giat menulis. Menulis dan membaca apa sahaja bahan ilmiah adalah keghairahannya. Tidak sekadar menaip, di tangan Hana sentiasa ada kepingan-kepingan kertas kecil untuknya mencatat segala sesuatu disekitarnya dan dijadikan bahan ilmiah dan rencah bagi menulis sesuatu naskah.

Mula menjinakkan diri dengan dunia blogging pada sekitar 2004, Hana mencatatkan setiap yang berlaku disekitarnya. Sejajar dengan peningkatan usia, Hana kini lebih maatang dalam menyajikan tulisannya untuk tatapan umum. Menulis dan berkarya tetap tidak boleh dipisahkan dari jiwanya.

Mohon yang membaca mendoakan kejayaan Hana Huda di dunia dan juga kesejahteraannya di akhirat sana!


Loads of love;
Hana Zozolina