Hasan Basri ditanya : "Apa rahsia zuhudmu di dunia ini?"

Beliau menjawab :
"Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang. Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk beramal soleh. Aku tahu ALLAH Ta'ala selalu memerhatikanku, kerana itulah aku malu jika ALLAH melihatku sedang dalam maksiat. Dan aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan ALLAH"..

Wednesday, 14 September 2011

TERIMA KASIH

Bismillahi wallahi..


Alhamdulillah, lama benar rasanya tak menulis dek kekangan kerja yang banyak. Namun, petang ini, rasa ingin menulis itu membuak secara tiba-tiba. biarpun, intipatinya tidaklah sepenting mana, tapi nafsu menulis mengatasi segala-galanya.


Banyak perkara yang diluar rancangan dan jangkaan dilakukan. Kalau dulu, bibir lancar berbicara tentang janji diri, - tak mahu buat itu. tak mungkin buat ini- tapi minggu ini semuanya berubah sama sekali! Hari isnin, laju betul tangan mengirim email kepada seorang rakan baik, meminta bantuannya. bila hati dah tertaut, rasa tak boleh tunggu lama, tapi harapan dan pergantungan tetap pada Allah jua. Ikhtiar sudah, doa pun tak henti, natijahnya Allah jualah yang menentukan. Ini membuatkan hati tenang. Laluan yang sukar jika lalui berteman, kalau tidak memudahkan, sekurang-kurangnya mengurangkan kegusaran. Terima kasih kak Laila. Benarlah janji Tuhan.. sesungguhnya setiap kesukaran itu disertai kemudahan!. Tiap-tiap kesukaran itu disertai kemudahan. Alhamdulillah.

Friday, 15 July 2011

Wednesday, 13 July 2011

TA HA


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Taa Haa. (1) Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. (2) Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah (3) (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. (4) Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy. (5) Dialah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi. (6) Dan jika engkau menyaringkan suara dengan doa permohonanmu, (maka yang demikian tidaklah perlu), kerana sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia dan segala yang tersembunyi. (7) 

Tuesday, 7 June 2011

SAUDI ARABIA

Alhamdulillah, puji dan syukur kehadrat Allah tuhan semesta alam serta selawat dan salam keatas junjugan besar Muhammad persuruhNya.
Alhamdulillah, perjalanan kami menjadi tetamuNya tempoh hari berjalan sempurna dan dipermudahkanNya. Sekadar ingin menyegarkan ingatan dan menyemat semua pengalaman, saya rakamkan ia disini supaya tak luput dari ingatan kami akan anugerah Allah yang tidak ternilai ini. Kepada yang membaca atau terbaca, mungkin anda juga dapat mengingat kembali zaman anda berada disana dahulu. atau kepada yang belum sampai masanya, anggaplah ini sebagai pengalaman untuk kita kongsi bersama, insha allah. 

Thursday, 10 March 2011

CUKUP-CUKUPLAH MENGHITUNG KEKAYAANMU

Bismillahi wallahi.

Harta dan duit?!
Harta pusaka yang mampu menyebabkan sesebuah keluarga kacau bilau, ribuan duit yang menyebabkan pekerja pecah amanah. kekayaan dan kemewahan melampau yang menimbulkan rasa irihati dikalangan jiran dan macam-macam lagi. 

Jika kita hayati maksud surah al-Humazah ayat 1-9, tentu kita insaf dalam mengejar harta dunia yang tak tahu mana penghujungnya. 

Saturday, 26 February 2011

UKHUWAH HINGGA KE SYURGA.. INSHA ALLAH

Bismillahi wallahi..


Dalam sibuk menyiapkan kerja-kerja tertunggak dan pemindahan, saya cuba curi-cuuri masa untuk menguruskan satu perjumpaan dikalangan sahabat-sahabat sekolah yang sama-sama menuntut ilmu al-Quran dulu. Suria 94-96. Alhamdulillah, dengan izinNya, setakat ini seramai 20 orang akan hadir insha allah. Selebihnya dalam 6 orang masih tak dapat memberi kata putus, 2 orang lagi memang tidak dapat hadir kerana alasan yang sangat kukuh, manakala 2 lagi tidak dapat dihubungi langsung. Satu jumlah yang agak memberangsangkan bagi saya. Alhamdulillah. Jika apa yang dirangcang ini terrealisasi, maka, ini akan jadi perjumpaan yg besar sejal lebih kurang 10 tahun yang lalu.

Friday, 18 February 2011

JUMAAT TIBA LAGI

Bismillahi wallahi.


Jumaat tiba lagi. Dan saya hanya mempunyai 3 kali Jumaat lagi sebelum Jumaat ke-empat tiba untuk saya pulang berangkat meninggalkan bumi permaisuri ini dan pulang ke Malaysia.

Hati sedikit rasa sayu untuk meninggalkan negara empat musim ini setelah 3tahun setengah bermastautin disini, namun insha Allah saya akan kembali semula untuk viva. Semoga Allah berikan kesihatan yang baik, penjangkan usia saya dan permudahkan segala urusan sementara hidup di dunia ini, insha Allah.

Tuesday, 15 February 2011

12 RABIULAWAL

 
Selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad saw.  
Hari ini, hari keputeraan baginda rasulullah, takde diriwayatkan baginda menyambut hari  kelahirannya, tapi pada saya tak salah menjadikannya antara salah satu hari yg bersejarah untuk kita mengingatinya. 

Kebiasannya, di malaysia akan ada perarakan, memeringati hari kelahiranNya, tapi adakah kita benar-benar ingat dan terbit rasa rindu kepasa rasul? saya sendiri tak pasti, cuma setiap kali berselawat ke atas junjungan besar ini, saya seringkali bertanya kepada diri sendiri.. menginsafi kekerdilan diri, antara yang selalu bermain-main dalam fikiran:
1. kalau nabi masih ada, adakah saya masih seperti ini? saya menjangkakan kalau saya hidup sezaman dengannya, tentunya saya akan lebih baik lagi.. mungkinkah?
2. atau, kalau nabi lihat saya begini, apakah perkataan yg pertama akan keluar dari mulutnya? adakah baginda akan menangis melihat kealpaan saya dalam kurangnya pendidikan ugama., atau baginda berpaling kerana kejahilan saya?
3. atau mungkin juga saya sentiasa melarikan diri kerana malu untuk berhadapan dengannya, seperti saya melarikan diri dan tunduk malu bila berdepan dengan ustaz yang pernah mengajar saya dahulu?

macam-macam yang saya fikirkan.. beruntunglah mereka yang hidup sezaman dengannya. dan beruntunglah kita yang menjadi umatnya. umat akhir zaman. semoga Allah menjauhkan saya dengan bertemu hari yang terakhir itu.

  

Saturday, 15 January 2011

FITRAH

Bismillahi wallahi

Kesekian kalinya, baru mempunyai peluang untuk menulis disini. Syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi lagi peluang untuk bernafas dengan kesihatan yang baik untuk terus mengharungi kehidupan dunia ini. 30 tahun diharungi, namun dalam kelekaan menikmati keseronokkan dipentas dunia, ada masa terlupa dan terlalai, kealpaan menyebabkan diri terjebak dengan perkara-perkara kemaksiatan.


Inilah fitrah manusia, jauh dari tuhan pencipta dikala gembira dan kembali kepada fitrahnya, mengharap redha tuhan yang satu bila berduka untuk menginsafi kesalahan lalu. Tuhan itu arRahman dan arRahim, datanglah walau dengan segunung dosa, tatkala tersedar, bertaubatlah dan mohonlah keampunan daripadaNya, nescaya kita akan nikmati rahmahNya. Begitulah kasih dan pengampunnya tuhan yang kita sembah.

"Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami yang telah lalu, dan peliharalah diri kami dari melakukan dosa-dosa yang sama dimasa akan datang. peliharalah jiwa dan jasmani kami dari segala perbuatan keji dan hina yang Kau larang."


Alhamdulillah, bersyukur kerana Allah melanjutkan umur, dapat melewati hingga ke tahun 30. Sepanjang tempoh ini, dipanjatkan rasa bersyukur atas segala nikmat dan pemberianNya. Semakin panjang umur, semakin pendeklah usia hidup di dunia.