Hasan Basri ditanya : "Apa rahsia zuhudmu di dunia ini?"

Beliau menjawab :
"Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang. Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk beramal soleh. Aku tahu ALLAH Ta'ala selalu memerhatikanku, kerana itulah aku malu jika ALLAH melihatku sedang dalam maksiat. Dan aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan ALLAH"..

Friday, 26 October 2018

Mid 2016

Ok,

saya mulakan tulisan kali ini dengan percutian 10 hari ke Kota London pada Julai 2016.

Entah kali keberapa saya ke tanah permaisuri ini, saya pun tidak pasti. Tak cukup jari tangan dan kaki barangkali jika mahu dihitung.

Namun kali ini, saya ke UK untuk menghadiri majlis perkahwinan anak ibu angkat di Newcastle.

Perjalanan kali ini agak menrunsingkan kerana stopover di Shanghai. HARU rasanya.

Menghadiri majlis perkahwinan di kedua-dua belah pihak sangat mengujakan. Perkahwinan ala dalam taman dianjurkan sebelah pengantin perempuan. manakala sambutan ala Hindustan di Richmond Hotel di London dibuat dengan penuh meriah oleh pihak lelaki.

Ini rakan-rakan saya dari Paris, Mauritius dan UK yang turut sama menghadiri majlis waktu itu




Thursday, 25 October 2018

HZ Kembali

Subhanallah.. setelah 3 tahun saya kembali beraksi.

Alhamdulillah, 3 tahun aadalah satu tempoh yang cukup untuk saya merehatkan diri dan membaikpulih mental dan fizikal. Kini lebih sihat insha Allah dan kembali dengan semangat juang yang tinggi.

Selama tempoh 3 tahun menyepi di sini, terlalu banyak yg nak dikemaskini. insha Allah, jika ada masa terluang akan saya kongsikan cerita sepi 3 tahun kebelakangan ini :)

TUNGGUUUUU.....