Hasan Basri ditanya : "Apa rahsia zuhudmu di dunia ini?"

Beliau menjawab :
"Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang. Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk beramal soleh. Aku tahu ALLAH Ta'ala selalu memerhatikanku, kerana itulah aku malu jika ALLAH melihatku sedang dalam maksiat. Dan aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan ALLAH"..

Saturday, 15 January 2011

FITRAH

Bismillahi wallahi

Kesekian kalinya, baru mempunyai peluang untuk menulis disini. Syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi lagi peluang untuk bernafas dengan kesihatan yang baik untuk terus mengharungi kehidupan dunia ini. 30 tahun diharungi, namun dalam kelekaan menikmati keseronokkan dipentas dunia, ada masa terlupa dan terlalai, kealpaan menyebabkan diri terjebak dengan perkara-perkara kemaksiatan.


Inilah fitrah manusia, jauh dari tuhan pencipta dikala gembira dan kembali kepada fitrahnya, mengharap redha tuhan yang satu bila berduka untuk menginsafi kesalahan lalu. Tuhan itu arRahman dan arRahim, datanglah walau dengan segunung dosa, tatkala tersedar, bertaubatlah dan mohonlah keampunan daripadaNya, nescaya kita akan nikmati rahmahNya. Begitulah kasih dan pengampunnya tuhan yang kita sembah.

"Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami yang telah lalu, dan peliharalah diri kami dari melakukan dosa-dosa yang sama dimasa akan datang. peliharalah jiwa dan jasmani kami dari segala perbuatan keji dan hina yang Kau larang."


Alhamdulillah, bersyukur kerana Allah melanjutkan umur, dapat melewati hingga ke tahun 30. Sepanjang tempoh ini, dipanjatkan rasa bersyukur atas segala nikmat dan pemberianNya. Semakin panjang umur, semakin pendeklah usia hidup di dunia.