Bismillahi wallahi.
Harta dan duit?!
Harta pusaka yang mampu menyebabkan sesebuah keluarga kacau bilau, ribuan duit yang menyebabkan pekerja pecah amanah. kekayaan dan kemewahan melampau yang menimbulkan rasa irihati dikalangan jiran dan macam-macam lagi.
Jika kita hayati maksud surah al-Humazah ayat 1-9, tentu kita insaf dalam mengejar harta dunia yang tak tahu mana penghujungnya.
1. Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji
2. Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya
3. Dia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!
4. Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam "Al-Hutamah".
5. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Al-Hutamah" itu?
6. (Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya)
7. Yang naik menjulang ke hati
8. Sesungguhnya api Neraka itu ditutup rapat atas mereka.
9. (Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang.
No comments:
Post a Comment