Hasan Basri ditanya : "Apa rahsia zuhudmu di dunia ini?"

Beliau menjawab :
"Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang. Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk beramal soleh. Aku tahu ALLAH Ta'ala selalu memerhatikanku, kerana itulah aku malu jika ALLAH melihatku sedang dalam maksiat. Dan aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan ALLAH"..

Tuesday, 19 June 2012

SYUKUR APA YANG ADA, SABAR ATAS APA YANG TIADA

فَإِذَا مَسَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ ضُرٌّ۬ دَعَانَا ثُمَّ إِذَا خَوَّلۡنَـٰهُ نِعۡمَةً۬ مِّنَّا قَالَ إِنَّمَآ أُوتِيتُهُ ۥ عَلَىٰ عِلۡمِۭ‌ۚ بَلۡ هِىَ فِتۡنَةٌ۬ وَلَـٰكِنَّ أَكۡثَرَهُمۡ لَا يَعۡلَمُونَ

"Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, dia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah dia dengan sombongnya: Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku. Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah dia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakkan mereka tidak mengetahui hakikat itu."

[az-zumar; 49]


Allah menyapa dan menegur makhluk ciptaanNya dalam perlbagai cara. Ada yang diberi kemewahan dan kenikmatan, sebagai menguji tahap kesyukuran yang dipanjatkan ke hadratNya. Ada juga diberi nikmat sebagai ujian bagaimana nikmat itu mampu melekakan hambaNya. Kegagalan mengawal nikmat dan mensyukuri pemberianNya mampu menjerumuskan kita ke lembah hina.
Terkadang Allah menyapa dalam bentuk yang mampu menggusarkan hati hambaNya. Sapaan berbentuk dugaan-dugaan serta kekecewaan ini kebanyakkannya membuatkan kita tersedar dan kembali kepangkal jalan. Kembali beristighfar dan berdoa dengan penuh harap atas belas kasihan Allah Maha Kuasa dan Maha Pemberi. Terkadang kita diuji dengan kehilangan harta yang kita jaga, diuji dengan hilangnya pangkat yang dipinjamkan, diuji dengan ujian getir dengan cara diambilnya nyawa setia suatu yang hidup dikalangan insan yang kita sayangi.

Samada sapaan itu dalam bentuk nikmat mahupun dugaan yang menggores jiwa, tetap ia bukti kasihnya Allah terhadap hamba yang diciptaNya. Tidak lain sapaan itu hanya sekadar peringatan agar kita kembali mengingatiNya dalam apa jua keadaan, suka atau duka.

Bila Allah menyapa dengan memberi nikmat rasa cinta pada insan lain, jangan kita lupa pada Dia Maha Pengasih. dia yang menjadikan rasa cinta antara lelaki dan perempuan itu fitrah. Jika dikelola dengan baik, tertunya beroleh pahala.

Namun, jika disapa dengan dugaan atas kehilangan sesuatu, janganlah cepat melatah dan mempersoalkan kenapakah dan apakah layaknya kita diuji sebegitu rupa. Setiap ujian yang diturunkan kepada kita, telah terlebih dulu diuji pada insan lain. Setiap ujian yang ditimpakan keatas hambanya, merupakan ujian yang mampu ditanggung oleh penerimanya. Janganlah kita khuatir dan bersangka buruk terhadap ujian yang ditimpakan. Sesungguhnya ada hikmah tersembunyi dibaliknya. ercaya dan yakinlah bahawa ujian itu hanya diturunkan pada yang selayaknya.

Setiap musibah yang datang juga ada penawarnya. Setiap penyakit ada ubatnya. Setiap kehilangan ada gantinya. Setiap yang datang pasti akan pergi. Begitu jugalah musibah atau ujian yang diturunkan. Sampai satu masa akan berakhirlah ia. Setiap kesukaran yang datang pasti akan ada kemudahan yang menyusulinya. Jangan dipertikaikan janji Allah. Percaya dan yakin serta berimanlah pada ayat-ayatNya. Bersyukur atas segala pemberianNya menjadikan kita tenang dan selesa dengan apa yang ada. Jangan difikir kata-kata  manusia. Sesungguhnya Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Bersyukurlah. Syukur mengikat nikmat.

Tiada masalah yang kekal lama. Tiada nikmat yang tidak hilang dari  mata. cuma bentuk hadir dan perginya mungkin berbeza, bergantung sepenuhnya atas kehendak si Pencipta.

Jangan ditangisi setiap yang hilang dan jangan dibuai dengan nikmat yang datang. Tidak ada sesuatu pun akan kekal bersama kita. Semuanya adalah pinjaman belaka sementara hidup didunia. Sesungguhnya di akhirat sana itulah yang kekal abadi. Berusaha dan berdoalah agar diberi kenikmatan berkekalan dikehidupan seterusnya.

No comments:

Post a Comment