Hasan Basri ditanya : "Apa rahsia zuhudmu di dunia ini?"

Beliau menjawab :
"Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang. Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk beramal soleh. Aku tahu ALLAH Ta'ala selalu memerhatikanku, kerana itulah aku malu jika ALLAH melihatku sedang dalam maksiat. Dan aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan ALLAH"..

Tuesday, 12 August 2014

MAGHRIBI

Tragis.. ini pengembaraan saya yg paling tragis. Selepas meluangkan masa seminggu di Mesir, perjalanan diteruskan ke London. Keesokkan harinya, penerbangan diteruskan ke Casablanca. Namun. luggage tidak sampai ke destinasi terakhir, maka berbekalkan sehelai baju di tangan.. alhamdulillah saya berjaya untuk tinggal 6 hari 5 malam di Mahgribi.

Negara miskin seperti Maghribi ini tidak memungkinkan saya untuk membeli dan menempah tiket pengangkutan awam lebih awal. semuanya perlu dibeli di stesen pada waktu hendak bertolak. Keretapi dan bas sentiasa penuh. Tolak menolak amalan biasa mereka. haih.. Apapun, selama 6 hari itu saya telah menjejakkan kaki ke wilayah terbesar diMaghribi iaitu Casablanca. Kemudian ke Marrakesh, wilayah terpanas di Maghribi dan akhirnnya ke ibu negara Maghribi iaitu Rabat.

Bahasa ibunda mereka arab dan bahasa kedua terluas digunakan adalah Perancis. Memandangkan saya tidak boleh berbahasa Arab dan Perancis dan merewka juga tida boleh berbahasa Inggeris, maka saya hanya berbahasa melayu disana.. habis cerita! 


Bak kata pepatah org Maghribi "tiada yg gharib (asing/pelik) di Maghrib"

Paling meninggalkan kesan dalam penjelajahan kali ini adalah Kemiskinan penduduk Maghribi. Alhamdulillah, syukur tak terhingga menjadi warga Malaysia.


No comments:

Post a Comment