Hasan Basri ditanya : "Apa rahsia zuhudmu di dunia ini?"

Beliau menjawab :
"Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang. Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk beramal soleh. Aku tahu ALLAH Ta'ala selalu memerhatikanku, kerana itulah aku malu jika ALLAH melihatku sedang dalam maksiat. Dan aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan ALLAH"..

Thursday, 17 December 2015

BERTABAHLAH

mungkin ini adalah penutupnya
tiada lagi peluang kedua
sudah-sudahlah..
tiada gunanya kau meratap merayu
hatinya sudah membatu

ingatlah,
kau ini bukan calang-calang wanitaannya
kau ini orang yang bisa tahan segala
teruskan saja apa yang sedang dilalui
sabarlah menanti segala yang bakal kau hadapi
yang telah lalu itu..
tidak lain hanyalah sampah belaka

sedih seketika itu biasa
tertawa sedikit itu perlu
remuk redam marah benci sekadaran sahajalah
kau mampu menempuhnya
selama ini pun kau memang begitu
kau hidup juga
semuanya atas rahmat Yang Maha Esa

jadi??
apalagi yang kau gusarkan?
nikmatilah hidupmu yang sementara
buat yang disuruhNya
jauhi yang dilarangNya
nescaya matimu yang kekal akan lebih bermakna

CHELINCUN


No comments:

Post a Comment